Bacalah Al Quran

"Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah ditulis baginya satu kebajikan, setiap kebajikan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda".
"Orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun dari al quran sama seperti sebuah rumah yang di tinggalkan kosong".

Jumaat, 26 Julai 2013

Mencintai Rasulullah Tanda Hati Orang Beriman

Keyakinan yang pasti terhadap diri Rasulullah yang wajib ada pada setiap manusia muslim ialah mengakui akan keharusan berlaku kepada Rasulullah perkara-perkara yang harus berlaku kepada manusia biasa seperti sakit yang ringan yang tidak mengurangkan kedudukan Baginda sehingga menyebabkan umatnya lari menjauhinya.

Sebagaimana kata penulis aqidatul awam "Harus bagi mereka (para rasul) mengalami apa yang harus dialami oleh manusia biasa tanpa mengurangkan darjatnya seperti sakit yang ringan".

Baginda tetap sebagai seorang manusia biasa yang memiliki sifat-sifat kemanusian seperti makan minum, tidur, berkahwin,berjalan di pasar dan sebagainya.Baginda juga tidak memiliki sebarang kuasa sama ada memberi manfaat pada dirinya atau mendatangkan mudarat kepada dirinya atau orang lain.

Allah berfirman "Katakanlah aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah.Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyak benda-benda yang akan mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan.Aku tidak lain hanyalah pesuruh Allah yang memberi amaran kepada yang ingkar dan pembawa berita gembira bagi orang orang-orang yang beriman.

Mengangkat kedudukan para nabi menyamai maqam kedudukan Allah yang maha pencipta adalah termasuk di dalam perbuatan sesat yang sangat nyata.Seperti yang di anuti oleh penganut-penganut agama kristian.Mereka beranggapan  Bahawa Nabi Isa memiliki kuasa yang luar biasa seperti menyembuhkan penyakit bahkan mereka meletakkan nabi Isa seperti Allah lantaran itu mereka menyembah Nabi Isa sekalipun tidak pernah ada para nabi yang diutuskan mengajar agar menyembah nabi termasuk Nabi Isa sendiri.

Bahkan dikhabarkan sebelum berlakunya kiamat Nabi Isa akan turun semula ke dunia memerangi dajjal dan meranapkan salib dan penyembah-penyembahnya dari penganut agama kristian.Nabi Isa turun bukan untuk meraikan penyembahnya bahkan memerangi pentaksubnya.

Sungguhpun para nabi adalah manusia biasa dan memiliki sifat-sifat kemanusiaan tetapi pada diri mereka dianugerahkan sesuatu yang membezakan daripada manusia biasa seperti mukjizat yang tidak ada pada manusia biasa dan mukjizat itu tidak dapat di kejari oleh sesiapapun.

Di dalam permaslahan ini ada sebahagia umat islam tidak memahami keperluan mencintai banginda dengan menzahirkan kecintaan melampau lantas dengan mudah menghukmkan syirik dengan perbuatan seperti mengadakan majlis memperingati bulan kelahiran Baginda, berkumpul berselawat kepadanya dan sebebgainya.

Bersungguh-sungguh mencintai Baginda,mentaatinya dan bergantung hati kepadanya dan sentiasa berusaha mendapatkan keredaannya dan dan syafaat darinya diakhirat nanti  sememangnya dituntut oleh Baginda.Namun diingatkan dengan ingatan yang tegas bahawa bentuk pengagungan dan kasih sayang terhadap baginda tidak sampai kepada menyifatkannya dengan sifat Rububiah Allah.

Semoga Allah merahmati orang yang berkata "Tinggalkan orang kristian dalam menyanjung Nabi mereka (Isa) dengan erti jangan kamu katakan Nabi Muhammad itu mempunyai sifat ketuhanan.Selepas itu terserahlah kepada kamu untuk memuji baginda sekehendak hatimu".

Menzahirkan kecintaan terhadap Baginda dalam apajua bentuk kelakuan tidak menjadi salah sama sekali selagi tidak mnyandarkan sifat-sifat ketuhanan kepada Baginda.Yang menjadi salah dan sesat ialah apabila bentuk pengagungan terhadap nabi di campur-adukkan dengan hak-hak Allah dari sifat uluhiah (penyembahan).

Pengagungan sehingga sampai ke peringkat meletakkan kesamaan seperti  tuhan amat di tegah dan sesat sesiapa yang melakukannya.Sabda nabi "Jangan kamu berlebih-lebihan memujiku sepertimana orang kristian  berlebih-lebihan memuji Putera Maryam (Nabi Isa).Bersungguh-sungguh mencintai Nabi tidak dianggap berlebih-lebihan selagi tidak mempertuhankannya seperti yang dilakukan oleh penganut Agama Kristian....bersambung.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan