Iman dan Takwa dalam kehidupan beragama.
Islam
meletakkan Iman sebagai sebuah ikatan atau akidah dan kepercayaan yang
bersumberkan kitab suci Al Quran dan Hadis Nabi saw yang sahih.Rasulullah saw
pernah menerangkan hakikat iman kepada para sahabat menerusi hadis Iman Islam
dan Ehsan.Ketika para sahabat bersama di dalam suatu majlis bersama-sama dengan
Baginda Rasulullah saw.Jibril as mendatangi Rasullah ditengah-tengah para sabat
lalu bertanyakan Baginda tentang Iman
Islam dan Ihsan kemudian.baginda mererangkan:
“Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah,para
malaikatNya,kitab-kitabNya,rasul-rasulNya,hari akhirat dan engkau beriman
kepada takdirNya yang ditentukan olehnya sama ada baik atau buruk.
Iman bererti mempercayai sesuatu perkara tertentu
dan sanggup untuk mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.Iman
berlaku denga apa yang di ikrarkan(dibaca) dengan lidah kemudian dibenarkan
dengan hati sebagai tempat yang dipandang oleh Allah dan seterusnya
melaksanakan dengan anggota badan.
Abu Ala Maududi yang merupakan seorang tokoh ulama terkemuka
di abad ini menukilkan satu penjelasan tentang iman dan islam dengan katanya “hubungan
antara iman dan islam laksana antara hubungan pokok dengan akarnya.Sepohon
pokok tidak akan hidup dengan subur tanpa akarnya demikian juga seseorang tidak
akan menjadi muslim yang sempurna tanpa mempunyai iman yang mantap.
Sementara Takwa pula merupakan asas terpenting yang
perlu dan wajib ada dalam diri setiap manusia yang beriman dan keduanya tidak
boleh terpisah sama sekali.Takwa inilah
yg akan membawa seseorang kepada kebaikan dalam kehidupan dunia dan kebahagian
sebenar di akhirat nanti selain menjadi
benteng yang kukuh dari terjebak dalam perkara yg di larang agama.
Para ulama sebahagiannya mentakrifkan takwa dengan
maksud mentaati akan segala perintahNya dan dalam masa yg sama menjauhi akan
segala laranganNya.Insan yang bertakwa akan sentiasa berusaha disamping berdoa
memohon pertolongan dari Allah agar ia dapat menjunjung segala perintah Allah
sama ada yang berupa kefarduan dan perkara-perkara yg dianggap sunat.Mereka
juga senantiasa berhati-hati dalam setiap setiap perkara yang dilakukan supaya
tidak terjebak dalam kemungkaran dosa dan maksiat.
Sebahagian ulama tafsir menafsirkan firman
Allah:Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa ialah bahawa Allah itu wajib
ditaati tidak boleh diingkari wajib diingati tidak boleh lupai dan wajib
disyukuri tidak boleh dikufuri.
Al Imam Habib Abdullah Al Haddad didalam kitabnya
yang terkenal Nasihat-nasihat Agama dan Wasiat-wasiat iman menyatakan bahawa
takwa adalah wasiat utama Allah swt kepada umat manusia terdahulu dan terkemudian.Allah
berfirman di dalam al quran “wahai orang-orang yg beriman bertakwalah kamu
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam
keadaan kamu beragama islam”.
Keutamaan bertakwa
kepada Allah swt
Al Quraanul Karim sebagai kitab suci dan panduan
hidup telah menerangkan dalam sifat takwa terkandung banyak kebahagiaan hakiki
dan kebaikan yang hebat antaranya ialah:
1)Kebersamaan Allah didalam pemeliharaanNya.
Allah berfirman yg bermaksud bertakwalah kamu kepada
Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yg bertakwa(albaqarah
194).
Kita menyakini bahawa tidak ada sesiapapun yg mampu
menjaga dan memelihara kita dari sebarang ancaman dan hahaya selain Allah.Mungkin
kita boleh merasa aman dan selamat dari bahaya kecurian,merasa selamat dari
perombak kejam yang mungkin akan
mencerderakan kita bahkan membunuh apabila kita berada dirumah bersama ahli
keluarga kita dirumah setelah semua pintu dikunci dikawal sepanjang masa oleh
pengawal keselamatan dirumah kita.
Tetapi siapakah pula yang akan menjaga kedua lubang
hidung kita yang sentiasa terbuka di saat kita jaga dan ketika kita tidur dari dimasuki oleh serangga berbisa
seperti semut,lipas,lipan dan sebagainya.Pastinya Allahlah yg menjaga kita dari
segala bahaya.Justeru kita mengharapkan pemeliharaan yang sebenar daripada
Allah.Dengan takwa kepada Allah tadi pasti kita akan senantiasa dijaga
dipelihara olehNya.Dalam hal ini suatu contoh terbesar boleh diambil dari kisah
bagaimana Rasulullah menghiburkan hati sahabat mulia Abu bakar disaat yg sangat
getir ketika dikepung oleh kafir quraish didalam gua kerana ingin menangkap dan
membunuh Baginda Rasul berdua.Dengan Tenang Baginda mengingatkan jangan takut
dan bersedih sesunggunya Allah bersama
kita.
2)Mampu membezakan ketika terdapat kekeliruan dan juga
sebagai penghapus kesalahan dosa.
Dalam hal ini Allah berfirman “wahai orang-orang yg
beriman jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan
(neraca yang akan membezakan antara yang benar dengan yang salah) dan
menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosa mu.Dan Allah
mempunyai kurnia yang besar(Al Anfal 29)
Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang benar2
bertakwa kepada Allah akan dianugerahkan kepadanya suatu pertimbangan neraca sehingga dia mampu
membezakan diantara yang benar dengan yang salah di saat timbul padanya
kekeliruan dan kemushkilan.Neraca penimbang ini sangat mustahak terutama bagi
kita yang hidup dia abad yang penuh mencabar dewasa ini.terkadang sumber yang
sampai kepada kita memang bertujuan untuk mengelirukan kita.Maka kepada siapa
ingin kita rungkaikan kekeliruan hati jilakau ramai oanrg pada ketika itu turut
sama keliru dengan sesuatu perkara sebagaimana kita keliru.Maka disinilah kita
inginkan petolongan Allah pasti akan menunjukkan kepada kita jalan yang benar
dan jalan yang salah.Justeru jawapannya
lagi sekali takwa kepada Allah.
Didalam ayat ini juga menerangkan janji Allah akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa.Betapa Allah dengan rahmat dan sifat
pengasihnya ingin membersihkan hamba-hambanya dari kesalahan dan dosa.Tidak ada seorang
hamba yg tidak melakukan dosa melainkan yang
maksum seperti para nabi dan rasul.Tidak ada seorang hamba yang akan
selamat di saat bertemu Allah dalam keadaan membawa dosa kecuali dosa-dosanya
diampunkan Allah terlebih dahulu.Selain dari bertaubat dan memohon keampuanan
dariNya.Dengan betakwa kepadaNya akan menjadi sebab bagi Allah menghapuskan
dosa kita.Semoga kita tergolong dari hamba yang diampunkan dosa-dosa kitaAmin.
3)Keselamatan dari siksaan api neraka.
Firman Allah swt
“dan tidak adapon seorang daripada kamu melainkan dia akan melalui
neraka itu.Hal itu bagi tuhanmu adalah satu kepastian yang telah
ditetapkan.Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa(maryam
71-72)
Dan lagi firman Allah swt “Dan Allah menyelamatkan
orang-orang yang bertakwa kerana kemenangan mereka,mereka tidak disentuh oleh
azab neraka dan tidak pula mereka berduka cita(az-zumar 61)
Menurut ajaran islam dan inilah yang dipegang oleh
umat islam sejak zaman bermula dakwah islam sehingga sekarang ialah beriman
dengan adanya titian sirat al mustakim.Ia adalah satu perkara yang benar dan
kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah swt.Tidak ada jalan untuk menyatakan
tidak.Setiap orang akan melalui jalan ini.
Siratal mustakim dibentangkan diatas neraka
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu mas’ud bahawa beliau berkata “Titian
sirat diletakkan diatas jurang neraka jahannam yang halusnya seumpama mata
pedang yang tajam,yang licinnya menggelicirkan, diatasnya terdapat pencangkut
dari api neraka” .
Dan yang akan selamat menyeberangi sirat al mustakim
sehingga Berjaya menuju ke gerbang
syurga hanya mereka yang bertakwa.Takwa datang menyelamatkan mereka
daripada di azab didalam neraka.
Daripada Huzaifah dan Abi hurairah radiallah taala
anhuma berkata:
Rasuulullah bersabda “Allah swt menghimpunkan
manusia dan mengutuskan amanah dan hubungan kekuargaan.Lalu kedua-duanya
berdiri di kiri dan di kanan sirat al mustakim.Maka lalulah orang yang pertama
seperti kelajuan kilat,kemudian yang kedua seperti kelajuan tiupan angin
kemudian yang seterusnya seperti kelajuan burung yang terbang dan selepas itu
seperti larian seorang lelaki.Amalan mereka yang memperjalankan mereka, sedang
Nabi kalian berdiri diatas titian sirat sambil mengucapkan , “wahai tuhanku!
Selamatkanlah! Selamatkanlah!” Sehinggaamalan hamba hamba tersebut menjadi
lemah dan datang seorang lelaki dan dia tidak lagi mampu untuk berjalan
melainkan merangkak.” Baginda bersabda, “Di sekeliling sirat terdapat besi-besi
penyangkup yang bergantungan yang mengikut suran orang yang member arahan.Maka
orang yang terkena cakarannya akan terselamat ,dan orang yang ditolak dengan
keras akan tercampak didalam neraka.”
4) Terhindar dari bebanan kehidupan dan diluaskan
rezki dari pihak yang tidak disangka-sangka.
Allah swt berfirman di dalam Al Quran “Barang siapa
yang bertakwa kepada Allah swt nescaya Dia akan mendorongkan baginya jalan
keluardan memberikan rezki dari sumber yang tidak di sangka-sangka.(ath thalak
2-3)
Juga firman
Allah swt yang bermaksud “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah swt
nescaya Allah akan memudahkan segala urusannya.(ath thalak 4)
Perkara yang tidak dapat di nafikan sama sekali
dalam setiap kehidupan umat manusia sejak dari mula penciptaan manusia sehingga
sampai kepada kitayang hidup di zaman moden hari ini ialah dibelenggu dengan
bermacam-macam permasalahan.Ada masalah yang datang itu kecil dan kadang kala masalah
yg datang sangat besar dan terasa tidak mampu untuk menghadapinya.Jesteru ada
yang mengambil jalan singkat dan tanpa berfikir panjang mereka sanggup membunuh
diri dengan cara meminum racun,terjun bangunan gantung diri dan sebagainya.
Terkadang permasalahan kesempitan hidup melibatkan
ekonomi,kekadang melibatkan hubungan porak peranda institusi kekeluargaan dan
tidak kurang juga dengan permaslahan putus cinta.Nah disini islam menawarkan
qaedah sangat tepat untuk keluar dari permasalahan tersebut..takwa kpd allah
jawabnya.
Mereka yang bertakwa kepada Allah beerti mereka yang
dekat dan hampir dengan tuhanNya.Sesekali tuhannya tidak akan membiarkan
hamba-hambanNya bersendirian menghadapi bebanan hidup di dunia ini tanpa ada
jalan penyelesaian.
Islam adalah agama wahyu yang disampaikan oleh
Baginda Rasulullah saw yang pastinya bersesuaian dengan keadaan sifat
fitrah(semulajadi) menusia.Allah wst
sebagai pemilik bagi agama yang agung ini terlebih dahulu mengetahui apa
yang diperlukan oleh umah manusia dan mengetahui cara untuk menyelesaikan
kemelut yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Baginda Rasulullah saw menyarankan agar sentiasa memperbanyakkan
zikir subhanallah wal bihamdihi subhaanallaahi azhiim.Dalam suatu peristiwa
telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah untuk mengadu
halnya,katanya:Duhai Rasulullah! Dunia telah melarikan diri daripadaku sehingga
tanganku menjadi kosong.Maka berkata Rasulullah: mengapa engkau tidak
membacanya solat malaikat dan tasbihnya semua makhluk yang dengannya mereka semua
mendapat rezki daripada Allah swt?Lelaki it uterus bertanya: Apa dia itu wahai
Rasulullah! Baginda menjawab : Ucapkanlah
Subhanallah wa bihamdihi Subhanallahil azhiim!Lalu beristighfar kepada
Allah sebanyak seratus kali di masa antara terbit fajar dan masa engkau
bersembahyang (subuh).Kelak akan datang kepadamu dunia secara terpaksa dan
tunduk,dan Allah menjadikan setiap huruf dari kalimah itu seorang malaikat yang
akan bertasbih sehingga hari kiamat dan bagimu pahalanya pula.(Riwayat Bukhari)
5) Allah berjanji akan memasukkan ke dalam syurga di
akhirat nanti.
Firman Allah swt “itulah syurga yang akan kami
wariskan kepada hamba-hamba kami yang bertakwa”(al hujurat 13)
Tidak ada nikmat didunia yang mampu menandingi
nikmat di syurga..Allah menyediakan nikmat syurga kepada hamba-hambaNya yang
betakwa dan beramal soleh sebgaimana sabda Nabi di dalam hadis qudsi “aku
sediakan bagi hamba-hambaku yang soleh apa yang tidak pernah dilihat oleh mata
dan tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati
manusia’.Itulah syurga.
Diriwayatkan oleh Saidina Anas Radiallahu Taala Anhu Nabi bersabda “Di
bawa seorang manusia yang paling banyak mendapatkan kenikmatan duniadan
tergolong dari golongan ahli neraka, lalu dimasukkan seketika di dalam
neraka.Setelah itu dia ditanya. “wahai anak Adam! Adakah kamu pernah melihat
kenikmatan semasa di dunia?Adakah kamu pernah merasa kebaikan walau sedikit di
dunia? “Dia menjawab tidak wahai Tuhanku!”.Kemudian dibawa pula seorang manusia
yang merasai azab yang paling sensara di dunia dan tergolong dikalangan Ahli
syurga,lalu dia dimasukkan seketika didalam syurga.Lalu dia ditanya “wahai anak
adam!Adakah kamu pernah merasakan kesusahan dan kesengsaraan walau sedikitpun
di dunia?dia menjawab “demi Allah tidak wahai Tuhanku!”
6)Mendapat kemuliaan didunia dan akhirat disisi
Allah swt
Menngenai hal ini Allah berfirman didalam surah
surah al hujurat ayat 13 yang bermaksud “sesungguhnya orang yang paling mulia
di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu”.
Berdasarkan kepada ayat penjelasan daripada ayat ini
dapat kita fahami bahawa Allah mengangkat kedudukan orang yang bertawa pada
kedudukan yang istimewa si sisiNya.Kemuliaan yang seperti inilah yang di
harapkan oleh mereka yang mengenal erti kebahagiaan sebenar dalam
kehidupan.Mereka yang dapat merasai nikmak iman dan takwa ini sama sekali tidak
akan menjual atau menukarkan dengan apa jua sekalipon hatta harta dan
nyawa.Mereka mengharapkan kemulian ini.
Jalan menuju darjat Takwa di sisi Tuhan
Bagi mencapai kedudukan dan darjat takwa yang sangat
tinggi ini tidak dapat tidak bagi seorang hamba perlu melalui jalan-jalan yang
akan membawanya kepada kedudukan tersebut.Para sabahat dan salafuna soleh
bermujahadah siang dan malam mengekakang hawa nafsunya semata-mata ingin
mencapai nikmat ini.Maqam takwa tidak datang sengan sendirinya tanpa usaha yg
gigih dari hamba untuk mengapainya.
Perkara-perkara yang perlu dilalaui dan di amalkan
oleh mereka yang ingin meraih kedudkan bertakwa kepada Allah antara lain ialah:
1)Sentiasa bercita-cita dan mengharapkan untuk mati
didalam husnul khatimah.
Firman Allah yang bermaksud “Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”
(ali imran102)
Agama islam adalah agama yang benar dan di terima di
sisi Allah swt.Maka sesiapa yang mati di atas agama lain selain agama islam
tidak akan diterima di sisi Allah swt dan segala amal perbuatan kebaikan yang mereka lakukan menjadi sia-sia
bahkan mereka akan mendapat murka dan siksa dari Allah swt di akhirat nanti.memhon
agar di matikan dalam agama Islam dan berusaha kearahnya adalah salah satu
daripada usaha seseorang hamba mendapatkankan maqam takwa.
Setiap perbuatan hamba semasa hidup akan
mempengaruhi keadaan ketika diambang sakaraatul maut.orang yang amal
perbutannya baik semasa hidup akan terlebih mudah untuk mendapatkan husnul
khatimah manakala orang yang jahat amal perbuatannya ketika hidup risikonya
lebih tinggi mati dalam su-ul khatimah.na-uzubillah!
Al Iman habib Abdullah menukilkan didalah kitabnya
nasihat agama dan wasia iman bahawa untuk mati dalam agama islam adalah sesuatu
yang diluar kemampuan manusia.Manusia tidak boleh menjamin dia akan mati dalam
agama islam bahkan Allahlah yang akan menentukan keadaan kematian
seseorang.Tetapi Allah melapangkan jalan kearah itu.
Sekiranya seseorang menginginkan agar ia dimatikan dalam agama islam maka hendaklah dia
memenuhi ketetapan-ketetapannya dan mengikuti apa yang diperintahkan
olehnNya.Inilah yang dinamakan memilih mati atas agama Islam
,mencintainya,mengharapkannya,dan berazam untuk mencapaikannya.Selain berdoa
dengan merendah diri dihadapannya agar Allah memperkenankan untuk mematikan
sebagai orang islam.
2)Berpegang dengan akidah yang benar.
Rasuulullah bersabda “orang yang merasakan kelazatan
iman ialah orang yang meredaiAllah sebagai tuhan,menerima islam sebagai agama
dan mengakui Muhammad sebagai nabi.
Sesiapa yang redha menjadikan Allah sebagai tuhan
yang disembah dengan sebenar-benarnya tanpa ada sebarang unsur-unsur syirik
maka hendaknya dia meredai juga akan segala ketentuan (takdir) Allah keatasnya
samada pahit atau manis kehidupan.Mereka juga wajib meredai segala hukum
syariat yang telah di taklifkan keatasnya tanpa ada apa-keraguan di dalam
hatinya.Meyakini setiap apa yang ditentukan aka nada hikmah kebaikan di sisi
Allah sekalipun jahil terhadap hikmah tersebut.Reda Allah sebagai tuhan juga
membawa maksud meredai setiap pemberian rezki Allah samada sikit atau
banyak,kaya atau miskin.Apabila seseorang telah menyerahkan dirinya kepada
Allah maka dia akan memperoleh nikmat ketenangan hati yang luar biasa.
Makna reda Islam sebagai agama pula bermaksud
menjunjung syiar agama dan tidak
memandang remah terhadap larangan agama.Dia juga hendaklah sentiasa berusaha
sedaya upaya menguatkan semangat untuk melaksanakan tuntutan agama mencari
keteguhan diri melalui agama dan seterusnya istiqamah terhadap apa yang
dilakukan mengikut ilmu yang dipelajari dari agama.
Manakala reda Muhammad sebagai nabi bermaksud
mengikut segala suruhan nabi dan menjadikan nabi sebagai ikutan sepanjang zaman
serta menyayangi nabi melebihi menyayangi diri sendiri.bersedia mengikut sunnah
baginda dalam kehidupan sehingga bertemu dengan Baginda Nabi di hari pembalasan
nanti.
Sabda nabi sesiapa yang membaca doa doa berikut
diwaktu pagi dan petang “aku reda Allah sebagai tuhan ,Islam sebgai agama dan Muhammad
sebagai nabi” maka dia berhak mererima keredaan tuhannya.
3) Membiasakan diri dengan mentaati perentah Allah
dan menjauhi laranganNya.
Setiap manusia wajib dan bertanggungjawab dengan
bersungguh-sungguh memelihara islam yang dianuti olehnya dengan cara
mengerjakan dan mentaati apa-apa yang diperentahkan oleh Allah.Mereka yang
tidak menjaga perentah Allah dan hidup dalam keadaan lalai lebih cenderung
untuk mati dalam keadaan tidak beriman.Mentaati perentah Allah akanmenguatkan
Islam seseorang dan mengabaikan perentahnya akan melemahkan imannya.
Allah berfirman “Kemudian balasan orang-orang yang
mengerjakan kejahatan adalah azab yang lebih buruk,kerana mereka mendustakan
ayat-ayat Allah swt”(ar rum 10).Ayat ini menunjukkan maksud amal perbuatan didunia
menentukan keadaanya di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan