Bacalah Al Quran

"Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah ditulis baginya satu kebajikan, setiap kebajikan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda".
"Orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun dari al quran sama seperti sebuah rumah yang di tinggalkan kosong".

Jumaat, 16 Ogos 2013

Bumi Mesir sekali lagi bermandikan darah Syuhada

Di saat umat Islam bergembira merayakan Syawal dengan kemeriahannya yang terkadang tersasar dari maksud tujuan disyariatkan umat Islam di bumi anbia mesir diuji dengan ujian yang sangat getir sehingga memakan korban ribuan manusia yang tidak berdosa.Kesalahan mereka dihukum sedemikian rupa bukan disebabkan jenayah besar yang membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.mereka hanya keluar berhimpun membantah rampasan kerajaan yang sah sekali gus merogol sistem demokrasi tulin.

Tragedi berdarah ini berlaku sebagai bukti bahawa selama-lamanya rejim sekular tidak akan berdiam diri dan memberi laluan mudah kepada pendokong islam mencapai cita-cita murni mereka yang ingin menegakkan kedaulatan Islam dengan menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi.

Kerajaan yang diangkat secara demokrasi yang dipinpin oleh Dr Mohamad Morsi cuba mewujudkan sebuah negara aman berteraskan Syariat Islam di lihat sangat merbahaya bagi rejim sekular ini dan pastinya negara yang paling gementar dengan kebangkitan Islam di Mesir ini tidak lain dan tidak bukan ialah negara haram Israil dan mereka yang berada di belakangNya sebagai tangan_tangan ghaib yang mencaturkan politik dalam dunia umat islam terutama di Timur Tengah.

Mesir dan Siria dianggap paling merbahaya sekiranya diperintah oleh kerajaan Pro Islam. Segala langkah telah dan akan diambil bagi memastikan kerajaan Islam ini jatuh.Yahudi dan Nasrani selamanya tidak akan redha terhadap kepada Umat Islam sehingga umat Islam sendiri mengikut agama mereka.

Negara barat tidak pernah ambil kisah tentang kemunduran negara Islam timur tengah apalagi ingin membantu akan tetapi mereka sangat ambil kisah jika yang memerentah negara itu dari kumpulan pendokong Islam.Maka mereka melebelkan umat islam yang bersungguh_sungguh membawa Islam kedalam masyarakat bernegara sebagai ganas,pelampai,ekstrim dan sebagainya.

Sedangkan yang ganas dan melempai ialah mereka (barat) bukan orang_orang Islam.Lihatlah apa yang telah mereka lakukan terhdap negara umat Islam Iraq,Pakistan,Siria,dan negara-negara lain.Sungguh hebat lakonan barat sehingga ramai dari kalangan umat Islam sendiri terpedaya dan tertipu dengan permainan mereka.

Dari sudut lain kita melihat bahawa janji Allah itu benar dimana setiap zaman akan ada mereka-mereka yang sanggup mempertahankan maruah agama dengan darah dan jiwa.Walaupun mereka diugut bahkan telah diambil tindakan diluar batasan kemanusian mereka tetap istiqamah demi mempertahankan agama mereka.

Hari ini kita melihat tiada tanda-tanda penyokong Dr.Morsi akan mengalah sekalipun telah disahkan sejumlah ribuan dari sahabat dan keluarga mereka telah menjadi mangsa peluru hidup kejaan kudeta Sisi.Peluru,bom dan gas pemedih mata sudah tidak lagi mampu memadamkan semangat jihad yang tersemat kukuh di dalam sanubari mereka.

Mereka yang berkumpul di medan Tahrir.Rabiah Adawiah,Ramsis,Iskandariah,Asyut dan seluruh negara begitu yakin dengan janji tuhan mereka.Mereka ingin membeli syurga Allah dengan jiwa raga dan harta benda mereka.

Ucapan-ucapan semangat bergema disetiap pelusuk tempat mereka berkumpul,laungan seperti "kami tidak akan kembali ke rumah sehingga Morsi dikembalikan ke kursi presiden atau kami syahid di sisi Allah"."Kami tidak akan mengucapkan takziah kepada para syuhada kami kerana mereka telah mendapatkan syurga di sisi tuhan mereka".

Ucapan dan semangat seperti inilah yang menjadikan musuh_musuh Islam gementar.Islam pasti akan menang akhirnya.Ujian dari Allah itu adalah perkara fitrah dan sunnahnya bagi menguji siapakan dikalangan mereka yang kuat imannya.

Marilah kita semua berdoa buat kemenangan Islam.Kelam malam tidak akan berpanjangan apabila fajar mula menyinsing bererti siang tidak lama lagi akan menjelma.


Rabu, 31 Julai 2013

Kedudukan Al Quran Dan Pengamalnya Di Sisi Allah



Al Quran ialah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah kepada Baginda Nabi kita Muhammad melalui perantaraan Jibril a.s.Kekuatan al quran sejak dari mula ia diturunkan sampai kini tidak pernah mampu dicabar oleh sesiapapun.Al Quran bukan kalam manusia biasa bahkan bukan juga kalam dari nabi Muhammad akan tetapi kalam dari Allah pencipta langit dan bumi.Beruntungkah sesiapa yang menjadikan al quran sebagi menu utama dalam kehidupannya di dunia.Ia diibaratkan sebagai hidangan dari Allah.Adakah lagi yang kebih berharga dari apa yg datangnya sendiri dari Allaah.

Al Quran diturunkan dengan tujuan menjadi peringatan kepada sebagian manusia yang beriman dan takut kepada-Nya.Firman Allah "Tidak kami turunkan kepada-Mu Al Quran untuk menyusahkan melainkan sebagai peringatan kepan mereka yang takut".Ia hanya bermanfaat bagi orang yg ingin taat dan merasa takut padanya sahaja.

Terdapat juga segelintir manusia yang menjadikan Al quran untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu yg bersangkup paut dengan kepentingan dunia srmentara ini.

Ada sebahagian mereka mengamalkan ayat-tertentu atau surah- tertentu sebagai azimat dan awek muda.Ada juga dibaca dan diamalkan semata-mata ingin menundukkan suami/isteri dan bermacam-macam tujuan yang lain sedangkan quran yang mulia ini diwahyukan untuk memberi petunjuk dan pedoman hidup agar mencapai kebahagiaan dunis dsn akhirat.

Ada juga menjadikan ayat Al Quran sebagai penghias dinding di rumah dan di pejabat tanpa  memahami dan membacanya.Rumah akan bercaya apabila dibacakan didalamnya Al Quran @ diajarkan hadis dan hukum hakam agama di dalamnya.

Kelebihan Alquran di sisi Allah tidak ada siapapun yang boleh menafikanya lagi,jesteru Nabi bersabda seafdal ibadat bagi umatku ialah membaca Al Quran.Dimikian tinggi kemulian ibagat ini di sisi Allah.

Di dalam sebuah hadis terdapat riwayat bahawa nabi bersabda "Sesiapa yang menghabiskan masanya dengan berzikr kepada Allah dan membaca Al Quran dari memohon permintaan dariNya nescaya Allah  akan menganugerahkan kepadanya seutama- utama pemberian yang diberikan kepada orang yang meminta".Demikianlah mafhum hadis.

Ahli Al Quran mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di mata pandangan Allah.Mereka dinisbahkan dengan Ahlillah (keluarga Allah).Nabi bersabda "Ahli Al Quran, mereka itu ialah Ahli Allah yang memiliki keistimewaan tertentu yang tidak ada pada orang lain"au kama Qaal.

Bacalah Al Quran wahai saudaraku yang dikasihi! Sesiapa yang membaca satu huruf saja dari Al quran akan ditulis baginya satu hasanah,setiap hasanah akan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda.Terangilah rumah-rumah kalian dengan cahaya al quran ,terangilah hati sanubari kita dengan petunjuk al quran.Tidak mengapa jika rumah kita bergelap tanpa lampu letrik dan tv berwarna asalkan hati kita bercaya dengan gemerlapan cahaya quraani.

Wahai tuhan kami berikanlah kebaikan dunia akhirat kepada kami,golongkan kami daripada pembaca dan pengamal isi kandungan kitabMu Al Quran.
Selamat beramal...salam Ramadan dari UAB(USTAZ AHMAD BUHORI)

Sabtu, 27 Julai 2013

Sombong yang membinasakan diri.



Bongkak dan sombong kaum musyrikin menjadikan sebab mereka tenggelam dalam kesesatan.Sekalipun kebenaran Al Quran dan segala ajaran yang di bawa oleh baginda terbentang di hadapan mata kaum musyrikin Mekah tetapi mereka menolak dan mempermainkan kebenaran yang suci. Ini disebabkan sifat bongkak dan sombong yang menapak tebal di dalam hati mereka.

Mereka memandang Baginda Rasul seperti manusia biasa yang tidak memiliki apa_apa keistimewaan.Bagi mereka Muhammad tidak lebih daripada seorang anak yatim yang miskin menumpang kasih dari bapa sauadara dan datuk  semasa kecil dan remaja.

Bagi mereka Muhammad tidak memiliki harta yang banyak yang mampu menandingi kekayaan mereka.Pada mereka harta adalah segala-galanya termasuk didalam menilai sesuatu kebenaran.Betapa dangkalnya mereka kafir musyrik dan mereka yang seumpanya yang berfikiran sempit meletakkan sesuatu kebenaran dan kepalsuan bersandarkan material dunia sedangkan harta dunia tidak ada kene mengena dengan benar atau salah sesuatu perkara apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan Agama dan wahyu Allah.

Dalam dunia politik moden hari ini pun kita tidak dapat lari dari aliran jenis pemikiran seperti ini..Pemikiran meletakkan kebendaan sebagai kayu pengukur kepada sesebuah perjuangan.Perjuangan politik terkadang terbabas dari landasan asal kerana telah dirosakkan oleh kuasa wang dan harta kemewahan sehingga parti politik yang asal memperjuangkan bangsa dan tanah air sudah tidak lagi mampu membawa motto perjuangannya.

Demikianlah betapa rosaknya kaum bangsa arab quraish jahiliah menilai dan menerima Rasulullah.Mereka menolak Batang tubuh Baginda di sebabkan mereka menyandarkan sesuatu kepada harta dan keseronokan dunia.Muhammad datang membawa kebenaran dan mengajak mereka kembali kepada fitrah yang suci murni.
Kembali kepada kesucian agama bererti mengenepikan kepentingan dunia yang mereka sembah.Bukan senang untuk mereka membuat keputusan meninggalkan semua yang mereka miliki semata-mata ingin mengikut Muhammad ditambahkan pula dengan sifat sombong yang menebal di dalam diri mereka maka mereka lebih mudah menolak dan menfitnah Baginda dan para sabahat dengan fitnah-fitnah keji.

Kaum kafir menyifatkan para rasul dengan sifat-sifat yang hina pada pandangan mereka serta mereka menjadikan alas an tersebuat sebagai perkara yang sangat penting untuk menolak ajakan dan seruan para rasul terhadap mereka.

Al Quran merakamkan kerenah mereka dalam beberapa ayat yang mulia.Antaranya ialah perkataan Firaun dan menteri-menterinya terhadap Nabi Musa.Firman Allah “Sehingga mereka berkata dengan angguhnya :patutkah kita beriman dengan dua orang manusia seperti kita sedang kaum mereka menjadi orang-orang surahan kita”.

Diantaranya juga ialah perkataan kaum musyrikin terhadap kedudukan Baginda Nabi Muhammad.Mereka telah memandang Baginda hanya seperti manusia biasa seperti dinyatakan dia dalam Al Quran.
Firman Allah “mereka berkata apakah ini seorang rasul? Memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar.
Mereka yang kufur ini pada zahirnya mereka menginginkan kelaianan pada rasul bukan seperti manusia biasa.

Ketahuilah itu hanya alasan penolakan semata-mata.Mereka sebenarnya berselindung di sebalik alasan itu bagi menutup perkara yang sebenar iaitu yang bersangkuppaut dengan kepentingan diri sendiri yang menebal.Itu saja.

Sesungguhnya keyakinan kita kepada para nabi sangat tinggi kedududkannya berbanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Tetapi cara pujian dan pengagungan kita teradap para nabi dan kekasih Allah tidaklah sampai menyamakan nabi memiliki kuasa seumpama kuasa Allah seperti yang diyakini oleh penganut kristian.


Jumaat, 26 Julai 2013

Mencintai Rasulullah Tanda Hati Orang Beriman

Keyakinan yang pasti terhadap diri Rasulullah yang wajib ada pada setiap manusia muslim ialah mengakui akan keharusan berlaku kepada Rasulullah perkara-perkara yang harus berlaku kepada manusia biasa seperti sakit yang ringan yang tidak mengurangkan kedudukan Baginda sehingga menyebabkan umatnya lari menjauhinya.

Sebagaimana kata penulis aqidatul awam "Harus bagi mereka (para rasul) mengalami apa yang harus dialami oleh manusia biasa tanpa mengurangkan darjatnya seperti sakit yang ringan".

Baginda tetap sebagai seorang manusia biasa yang memiliki sifat-sifat kemanusian seperti makan minum, tidur, berkahwin,berjalan di pasar dan sebagainya.Baginda juga tidak memiliki sebarang kuasa sama ada memberi manfaat pada dirinya atau mendatangkan mudarat kepada dirinya atau orang lain.

Allah berfirman "Katakanlah aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah.Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyak benda-benda yang akan mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan.Aku tidak lain hanyalah pesuruh Allah yang memberi amaran kepada yang ingkar dan pembawa berita gembira bagi orang orang-orang yang beriman.

Mengangkat kedudukan para nabi menyamai maqam kedudukan Allah yang maha pencipta adalah termasuk di dalam perbuatan sesat yang sangat nyata.Seperti yang di anuti oleh penganut-penganut agama kristian.Mereka beranggapan  Bahawa Nabi Isa memiliki kuasa yang luar biasa seperti menyembuhkan penyakit bahkan mereka meletakkan nabi Isa seperti Allah lantaran itu mereka menyembah Nabi Isa sekalipun tidak pernah ada para nabi yang diutuskan mengajar agar menyembah nabi termasuk Nabi Isa sendiri.

Bahkan dikhabarkan sebelum berlakunya kiamat Nabi Isa akan turun semula ke dunia memerangi dajjal dan meranapkan salib dan penyembah-penyembahnya dari penganut agama kristian.Nabi Isa turun bukan untuk meraikan penyembahnya bahkan memerangi pentaksubnya.

Sungguhpun para nabi adalah manusia biasa dan memiliki sifat-sifat kemanusiaan tetapi pada diri mereka dianugerahkan sesuatu yang membezakan daripada manusia biasa seperti mukjizat yang tidak ada pada manusia biasa dan mukjizat itu tidak dapat di kejari oleh sesiapapun.

Di dalam permaslahan ini ada sebahagia umat islam tidak memahami keperluan mencintai banginda dengan menzahirkan kecintaan melampau lantas dengan mudah menghukmkan syirik dengan perbuatan seperti mengadakan majlis memperingati bulan kelahiran Baginda, berkumpul berselawat kepadanya dan sebebgainya.

Bersungguh-sungguh mencintai Baginda,mentaatinya dan bergantung hati kepadanya dan sentiasa berusaha mendapatkan keredaannya dan dan syafaat darinya diakhirat nanti  sememangnya dituntut oleh Baginda.Namun diingatkan dengan ingatan yang tegas bahawa bentuk pengagungan dan kasih sayang terhadap baginda tidak sampai kepada menyifatkannya dengan sifat Rububiah Allah.

Semoga Allah merahmati orang yang berkata "Tinggalkan orang kristian dalam menyanjung Nabi mereka (Isa) dengan erti jangan kamu katakan Nabi Muhammad itu mempunyai sifat ketuhanan.Selepas itu terserahlah kepada kamu untuk memuji baginda sekehendak hatimu".

Menzahirkan kecintaan terhadap Baginda dalam apajua bentuk kelakuan tidak menjadi salah sama sekali selagi tidak mnyandarkan sifat-sifat ketuhanan kepada Baginda.Yang menjadi salah dan sesat ialah apabila bentuk pengagungan terhadap nabi di campur-adukkan dengan hak-hak Allah dari sifat uluhiah (penyembahan).

Pengagungan sehingga sampai ke peringkat meletakkan kesamaan seperti  tuhan amat di tegah dan sesat sesiapa yang melakukannya.Sabda nabi "Jangan kamu berlebih-lebihan memujiku sepertimana orang kristian  berlebih-lebihan memuji Putera Maryam (Nabi Isa).Bersungguh-sungguh mencintai Nabi tidak dianggap berlebih-lebihan selagi tidak mempertuhankannya seperti yang dilakukan oleh penganut Agama Kristian....bersambung.









Rabu, 24 Julai 2013

Hati Akan Bercahaya Dengan Alunan Zikrullah

"Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang".

Bagi mereka yang telah merasai nikmat dan lazat menyebut Nama Tuhannya pasti tidak akan merasa ragu mengungkapkan betapa indahnya di saat dia bersama Allah,menyebut keagungan namanya, mengamati kejadian makhluk ciptaannya seterusnya merasai kebersamaan dengannya setiap detik dan saat.

Hati yang kotor dengan segala najis kekotoran dosa memerlukan penggilap untuk menjernihkan karat-karat noda yang tersadur dengan perbuatan hina dan keji.Nabi besabda "setiap sesuatu ada penggilap,dan penggilap bagi hati ialah zikrullah". Hati akan terus terang benderang dengan cahaya zikrullah sehinggakan menjadi mudah baginya melakukan khidmat dan ketaatan kepada perintah Allah dalam keadaan susah mahupun senang.Mereka -mereka seperti ini akan sentiasa tunduk patuh pada perintah Allah dan bersedia berkorban demi agama walau dalam keadaan apa jua keadaan sekalipun.

Aneh jika terdapat mereka yang mendakwa sebagai ahli zikir tetapi tidak besedia menjunjung perintah Allah dalam kehidupan mereka apatah lagi sanggup memengambil idologi barat yang bercanggah dengan islam sebagai peraturan hidup. Tidak didapat diragukan lagi bahawa hati boleh berkarat seperyi mana berkaratnya tembaga dan lain-lain.

Penggilat hati ialah zikrullah.Zikrullah akan menggilap hati dan mencerahkannya seperti cermin putih. Hati yang putih bersih sesekali tidakkan mempertikaikan ketentuan hukum keatasnya yang berupa kewajipan dan kefarduan apatahlah membantah secara sambrono tanpa melihat kepada maslahah di sebalik kewajpan tersebut seperti mempertikaikan kewajipan menutup aurat. Merpertikaikan keputusan majlis fatwa akan keharaman umat wanita islam menyertai ratu cantik yg memperagakan tubuh badann seperti binatang ternakan yang hendak dijual merupakan salah satu contoh terdekat bukti pemilik hati yang kotor.

Sebesar-besar musibah yang menimpa keatas seseorang ialah apabila hatinya sudah menjafi keras disebabkan dosa lampau.Imam Hasan Al Basri didatangi seseorang yang mengadu kepadanya tentang hatinya keras.Hasan Basri menasihatinya supaya mendidik hatinya dengan mempetbanyakkan mengucap subhaanallah wal hamdulillah wa allaahu akbar wala haula wala quwwata illa billah.

FAEDAH -FAEDAH ZIKIR

Zikir dapat menghalau syaitan dan gangguannya.Hamba Allah yg menjaga lidah dan hati dengan zikrullah akan dipelihara dan dijauhkan dari tentera-tentera syaitan dan gangguannya.Kalaulah dengan zikir hanya terdapat kelebihan ini saja,sudah layaklah bagi hamba itu tidak berhenti bibirnya dari berzikir.Sesungguhnya syaitan tidaa akan masuk ke dalam diri melainkan dari pintu-pintu kelalaian, kerana syaitan akan masuk dan tinggal menetap di dalam hati selama hati tersebut berada dalam keadaan lalai dan was-was.Zikrullah dapat mengendurkan kemaraan dan mengecilkan musuh Allah itu menjadi seperti seekor lalat.

Diantaranya lagi,agar kita diredhai oleh Allah bahkan dengan berzikir dapat menghilangkan kesedihan dan kegundahan, mendatangkan kegembiraan dan keriangan, menguatkan hati dan badan, menyinari hati dan wajah, memudahkan rezki dan memakaikan orang yang berzikir sengan pakaian haibah.

Demikianlah antara keutamaan dan kelebihan zikir yang tidak sepatutnya diabaikan oleh setiap individu muslim yang menginginkan kesejahteraan dan pemeliharaan sebenar dari Allah.

Jumaat, 19 Julai 2013

Islam Agama Wahyu

Setiap Nabi Utusan Allah Adalah Membawa Wahyu

ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻠِﻚَ ﻣِﻦْ ﺭَﺳُﻮﻝٍ ﺇِﻻَّ ﻧُﻮﺣِﻲ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺃَﻧَّﻪُ ﻻَ ﺇِﻟَٰﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧَﺎ ﻓَﺎﻋْﺒُﺪُﻭﻥِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

Allaahu Rabbuna menerangkan di dalam ayat ini dengan jelas sekali bahawa setiap Rasul yang diutuskan sebelum Rasul kita semuanya membawa ajaran yang sama(ajaran tauhid) sekaligus menyangkal dakwaan sesat konsep tuhan anak tuhan bapa.Allah hsnya satu tiada dua dan tiada tiga bahkan tunggal.

Setiap rasul yang diutuskan menerima wahyu yang benar dan mudah untuk membezakan diantara wahyu dengan kalam manusia biasa.Wahyu Allah Al Quran merupakah sebahagian mukjizat besar yang tidak akan mampu sama sekali dicabar oleh mana-mana ahli bahasa sastera dari segi ketinggian bahasanya dan logik akal manusia..Seperti biasa hanya yang berakal saja yang dapat berfikir.

Pada saat surah al asr dibacakan kepada amru al ash yg pada waktu itu beliau belum memeluk islam,beliau mengakui bahawa kalam ini sangat luar biasa dan bukan dari karangan dan ciptaan manusia.Lalu musailamah al kazzab mengarang sebuah surah yang menyamai bilangan ayat dalam surah al asr dan membacakan ayat itu kepada amru."Apa pendapat mu wahai amru tentang ayat yang baru aku terima ini".Jawab Amru "Demi Allah sesungguhnya kamu tahu bahawa aku tahu kamu ini adalah seorang penipu besar".

Manusia memgenai hak Allah tidak boleh sama sekali memandai-mandai mencipta teori itu dan ini bahkan mestilah terus bersandarkan kepada Wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi setiap umat.

Manusia yang cuba mencari tuhannya dengan akal tanpa bersandarka wahyu pasti sesat seperti yg berlaku kepada pemuja-pemuja Isa al maseh yang mendakwanya sebagai tuhan yang yg di sembah.Alangkah teruknya kesesatan yang telah mereka lakukan.

Kenyataan pegangan akidah sesat mereka di rakamkan dalam Al Quran pada ayat yang berikutnya:
ﻭَﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺍﺗَّﺨَﺬَ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦُ ﻭَﻟَﺪًﺍ ۗ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ۚ ﺑَﻞْ ﻋِﺒَﺎﺩٌ ﻣُﻜْﺮَﻣَ

Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.

Mereka menganggap tuhan mempunyai anak sedangkan setiap nabi yang diutiskan tetmaduk nabi mereka sendiri tidak pernah mengajarkan akidah tuhan beranak,ini bererti sesat mereka disebabkan sikap memandai-mandai pendita mereka mencipta agama yg tidak diajar oleh nabi itu sendiri.

Menyandarkan dan menisbahkah tuhan dengan ank bererti menyandarkan sifat lemah kepada zaat yang maha tidak berhajat kepada sesuatu.Mereka telah meletakkan Allah lemah seperti makhluk kerana Allah juga memerlukan ank tempat menumpang seperti kita.
Maha suci Allah dari sifat yg tidak layak sepertimana yang telah mereka sifat itu....

Khamis, 18 Julai 2013

Ulasan status fb seorang rakan

Tertarik dengan status seorang rakan fb tentang trend berbuka puasa di hotel.Sekalipun tidak pernah ada larangan untuk kita berbuka di luar samada di kedai atau hotel2 mewah tetapi satu persoalan yg perlu di jawab dengan tuntas apakah keperluan sehingga kita terpaksa ke sana?

Kita maklum waktu maghrib adalah waktu yg paling singkat dan kita juga sedia maklum berbuka di tempat2 seperti itu memakan masa yg agak lama yg akhirnya menyebabkan solat maghrib akan kelewatan, itupun klu solat kerana ada jgk org yg berpuasa tp tak solat.

Selain itu berbuka di hotel mengajar kita menjadi manusia yg boros dan suka membazir.Menu makanan yg banyak pastinya akan di bayar dengan harga yg mahal.Terdapat restoran dan juga hotel yg menyediakan pakej dengan harga......perkepala dibenarkan makan dan berada disitu sampai pukul 10 mlm.Lama betul dia ambil masa untuk makan.Nah kalu begini keadaannya bila masa nk solat teraweh? Tidakkah diluar sana masih terdapat fakir miskin ank yatim yg memerlukan sedikit sumbangan dari kita.

Apakah kita tidak pernah merasakan bhw kita sememangnya mementingkan diri dan isi perut sendiri.Islam mengajar agar kita selalu mengambil berat tentang keadaan umat sekeliling dengan menyantuni mereka yg susah bukan diri kita bersikap lena di atas tilam empuk dalam kekenyangan sedangkan jiran menahan lapar sampai ke pagi kerana ketiadaan makanan.

Puasa mengajar kita menjadi manusia bertimbang rasa, berbudi pekerti dan berehsan terhadap org lain.Puasa bukan musim mempamirkan kemegahan dan kemewahan menyediakan juadah berbuka.