Bongkak dan
sombong kaum musyrikin menjadikan sebab mereka tenggelam dalam kesesatan.Sekalipun
kebenaran Al Quran dan segala ajaran yang di bawa oleh baginda terbentang di
hadapan mata kaum musyrikin Mekah tetapi mereka menolak dan mempermainkan
kebenaran yang suci. Ini disebabkan sifat bongkak dan sombong yang menapak
tebal di dalam hati mereka.
Mereka
memandang Baginda Rasul seperti manusia biasa yang tidak memiliki apa_apa
keistimewaan.Bagi mereka Muhammad tidak lebih daripada seorang anak yatim yang
miskin menumpang kasih dari bapa sauadara dan datuk semasa kecil dan remaja.
Bagi mereka
Muhammad tidak memiliki harta yang banyak yang mampu menandingi kekayaan
mereka.Pada mereka harta adalah segala-galanya termasuk didalam menilai sesuatu
kebenaran.Betapa dangkalnya mereka kafir musyrik dan mereka yang seumpanya yang
berfikiran sempit meletakkan sesuatu kebenaran dan kepalsuan bersandarkan
material dunia sedangkan harta dunia tidak ada kene mengena dengan benar atau
salah sesuatu perkara apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan Agama dan
wahyu Allah.
Dalam dunia
politik moden hari ini pun kita tidak dapat lari dari aliran jenis pemikiran
seperti ini..Pemikiran meletakkan kebendaan sebagai kayu pengukur kepada
sesebuah perjuangan.Perjuangan politik terkadang terbabas dari landasan asal
kerana telah dirosakkan oleh kuasa wang dan harta kemewahan sehingga parti politik
yang asal memperjuangkan bangsa dan tanah air sudah tidak lagi mampu membawa motto
perjuangannya.
Demikianlah
betapa rosaknya kaum bangsa arab quraish jahiliah menilai dan menerima
Rasulullah.Mereka menolak Batang tubuh Baginda di sebabkan mereka menyandarkan
sesuatu kepada harta dan keseronokan dunia.Muhammad datang membawa kebenaran
dan mengajak mereka kembali kepada fitrah yang suci murni.
Kembali
kepada kesucian agama bererti mengenepikan kepentingan dunia yang mereka
sembah.Bukan senang untuk mereka membuat keputusan meninggalkan semua yang
mereka miliki semata-mata ingin mengikut Muhammad ditambahkan pula dengan sifat
sombong yang menebal di dalam diri mereka maka mereka lebih mudah menolak dan
menfitnah Baginda dan para sabahat dengan fitnah-fitnah keji.
Kaum kafir
menyifatkan para rasul dengan sifat-sifat yang hina pada pandangan mereka serta
mereka menjadikan alas an tersebuat sebagai perkara yang sangat penting untuk
menolak ajakan dan seruan para rasul terhadap mereka.
Al Quran
merakamkan kerenah mereka dalam beberapa ayat yang mulia.Antaranya ialah
perkataan Firaun dan menteri-menterinya terhadap Nabi Musa.Firman Allah “Sehingga
mereka berkata dengan angguhnya :patutkah kita beriman dengan dua orang manusia
seperti kita sedang kaum mereka menjadi orang-orang surahan kita”.
Diantaranya
juga ialah perkataan kaum musyrikin terhadap kedudukan Baginda Nabi
Muhammad.Mereka telah memandang Baginda hanya seperti manusia biasa seperti
dinyatakan dia dalam Al Quran.
Firman Allah
“mereka berkata apakah ini seorang rasul? Memakan makanan dan berjalan di
pasar-pasar.
Mereka yang
kufur ini pada zahirnya mereka menginginkan kelaianan pada rasul bukan seperti
manusia biasa.
Ketahuilah itu hanya alasan penolakan semata-mata.Mereka
sebenarnya berselindung di sebalik alasan itu bagi menutup perkara yang sebenar
iaitu yang bersangkuppaut dengan kepentingan diri sendiri yang menebal.Itu
saja.
Sesungguhnya
keyakinan kita kepada para nabi sangat tinggi kedududkannya berbanding dengan
makhluk ciptaan Allah yang lain.Tetapi cara pujian dan pengagungan kita teradap
para nabi dan kekasih Allah tidaklah sampai menyamakan nabi memiliki kuasa seumpama
kuasa Allah seperti yang diyakini oleh penganut kristian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan