ﻭَﻣَﺎ
ﻟَﻨَﺎ ﺃَﻻَّ ﻧَﺘَﻮَﻛَّﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻗَﺪْ ﻫَﺪَﺍﻧَﺎ ﺳُﺒُﻠَﻨَﺎ ۚ
ﻭَﻟَﻨَﺼْﺒِﺮَﻥَّ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺁﺫَﻳْﺘُﻤُﻮﻧَﺎ ۚ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ
ﻓَﻠْﻴَﺘَﻮَﻛَّﻞِ ﺍﻟْﻤُﺘَﻮَﻛِّﻠُﻮﻥَ
"Dan mengapa pula kami tidak
berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk
tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami
akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
Para Nabi dan pengikutnya sentiasa mengambil sikap berserah diri dan
meletakkan pergantungan hati kepada Allah.Segala cubaan dan ujian mereka
terima dengan berlapang dada dan menyandarkan perbuatan jahat dan
penganiayaan terhadap mereka dengan semangat kesabaran yang kuat.Sikap
itulah yg menjadikan mereka berjaya setelah diuji disaring dengan
pelbagai musibah terlebih dahulu.
Sesungguhnya para rasul
menghadapi ujian dilapangan dakwah dengan belbagai ragam kaum mereka.Ada
di kalangan mereka yang di bunuh, ada juga yang perlekeh dan
dihalau.Demikian juga ujian yang dihadapi oleh nani kita dan para
sahabatnya.Ujian dan cobaan itu mereka hadapinya dengan jayanya dan
menjadikan iman mereka utuh seumpama besi waja yg tidak akan terkalahkan
oleh godaan nafsu dunia
Assalamualaikum dan Salam ceria, Nak tahu rahsia sihat dan hebat dengan hasil alam semulajadi ? Segera ke www.fb.com/zaitsahara.////Kami pengeluar Zait Sahara produt kesihatan minyak kelapa dara yang berupaya menambah ketahanan badan disamping mampu menahan dan melawan penyakit serta mengawal dan mengembalikan kesihatan anda.JJaminan 100% halal dan tiada bahan terlarang yang meninggalkan kesan sampingan sama ada jangka masa panjang/pendek.
Bacalah Al Quran
"Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah ditulis baginya satu kebajikan, setiap kebajikan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda".
"Orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun dari al quran sama seperti sebuah rumah yang di tinggalkan kosong".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan