"Wahai
orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta
sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya
dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang".
Bagi mereka yang telah merasai nikmat dan lazat menyebut Nama Tuhannya
pasti tidak akan merasa ragu mengungkapkan betapa indahnya di saat dia
bersama Allah,menyebut keagungan namanya, mengamati kejadian makhluk ciptaannya seterusnya merasai kebersamaan dengannya setiap detik dan saat.
Hati yang kotor dengan segala najis kekotoran dosa memerlukan
penggilap untuk menjernihkan karat-karat noda yang tersadur dengan
perbuatan hina dan keji.Nabi besabda "setiap sesuatu ada penggilap,dan
penggilap bagi hati ialah zikrullah". Hati akan terus terang benderang
dengan cahaya zikrullah sehinggakan menjadi mudah baginya melakukan
khidmat dan ketaatan kepada perintah Allah dalam keadaan susah mahupun
senang.Mereka -mereka seperti ini akan sentiasa tunduk patuh pada
perintah Allah dan bersedia berkorban demi agama walau dalam keadaan apa
jua keadaan sekalipun.
Aneh jika terdapat mereka yang
mendakwa sebagai ahli zikir tetapi tidak besedia menjunjung perintah
Allah dalam kehidupan mereka apatah lagi sanggup memengambil idologi
barat yang bercanggah dengan islam sebagai peraturan hidup. Tidak
didapat diragukan lagi bahawa hati boleh berkarat seperyi mana
berkaratnya tembaga dan lain-lain.
Penggilat hati ialah
zikrullah.Zikrullah akan menggilap hati dan mencerahkannya seperti
cermin putih. Hati yang putih bersih sesekali tidakkan mempertikaikan
ketentuan hukum keatasnya yang berupa kewajipan dan kefarduan apatahlah
membantah secara sambrono tanpa melihat kepada maslahah di sebalik
kewajpan tersebut seperti mempertikaikan kewajipan menutup aurat.
Merpertikaikan keputusan majlis fatwa akan keharaman umat wanita islam
menyertai ratu cantik yg memperagakan tubuh badann seperti binatang
ternakan yang hendak dijual merupakan salah satu contoh terdekat bukti
pemilik hati yang kotor.
Sebesar-besar musibah yang menimpa
keatas seseorang ialah apabila hatinya sudah menjafi keras disebabkan
dosa lampau.Imam Hasan Al Basri didatangi seseorang yang mengadu
kepadanya tentang hatinya keras.Hasan Basri menasihatinya supaya
mendidik hatinya dengan mempetbanyakkan mengucap subhaanallah wal
hamdulillah wa allaahu akbar wala haula wala quwwata illa billah.
FAEDAH -FAEDAH ZIKIR
Zikir dapat menghalau syaitan dan gangguannya.Hamba Allah yg menjaga
lidah dan hati dengan zikrullah akan dipelihara dan dijauhkan dari
tentera-tentera syaitan dan gangguannya.Kalaulah dengan zikir hanya
terdapat kelebihan ini saja,sudah layaklah bagi hamba itu tidak berhenti
bibirnya dari berzikir.Sesungguhnya syaitan tidaa akan masuk ke dalam
diri melainkan dari pintu-pintu kelalaian, kerana syaitan akan masuk dan
tinggal menetap di dalam hati selama hati tersebut berada dalam keadaan
lalai dan was-was.Zikrullah dapat mengendurkan kemaraan dan mengecilkan
musuh Allah itu menjadi seperti seekor lalat.
Diantaranya
lagi,agar kita diredhai oleh Allah bahkan dengan berzikir dapat
menghilangkan kesedihan dan kegundahan, mendatangkan kegembiraan dan
keriangan, menguatkan hati dan badan, menyinari hati dan wajah,
memudahkan rezki dan memakaikan orang yang berzikir sengan pakaian
haibah.
Demikianlah antara keutamaan dan kelebihan zikir yang
tidak sepatutnya diabaikan oleh setiap individu muslim yang
menginginkan kesejahteraan dan pemeliharaan sebenar dari Allah.
Assalamualaikum dan Salam ceria, Nak tahu rahsia sihat dan hebat dengan hasil alam semulajadi ? Segera ke www.fb.com/zaitsahara.////Kami pengeluar Zait Sahara produt kesihatan minyak kelapa dara yang berupaya menambah ketahanan badan disamping mampu menahan dan melawan penyakit serta mengawal dan mengembalikan kesihatan anda.JJaminan 100% halal dan tiada bahan terlarang yang meninggalkan kesan sampingan sama ada jangka masa panjang/pendek.
Bacalah Al Quran
"Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah ditulis baginya satu kebajikan, setiap kebajikan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda".
"Orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun dari al quran sama seperti sebuah rumah yang di tinggalkan kosong".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan