Tertarik
dengan status seorang rakan fb tentang trend berbuka puasa di
hotel.Sekalipun tidak pernah ada larangan untuk kita berbuka di luar
samada di kedai atau hotel2 mewah tetapi satu persoalan yg perlu di
jawab dengan tuntas apakah keperluan sehingga kita terpaksa ke sana?
Kita maklum waktu maghrib adalah waktu yg paling singkat dan kita juga sedia maklum berbuka di tempat2 seperti itu memakan
masa yg agak lama yg akhirnya menyebabkan solat maghrib akan kelewatan,
itupun klu solat kerana ada jgk org yg berpuasa tp tak solat.
Selain itu berbuka di hotel mengajar kita menjadi manusia yg boros dan
suka membazir.Menu makanan yg banyak pastinya akan di bayar dengan harga
yg mahal.Terdapat restoran dan juga hotel yg menyediakan pakej dengan
harga......perkepala dibenarkan makan dan berada disitu sampai pukul 10
mlm.Lama betul dia ambil masa untuk makan.Nah kalu begini keadaannya
bila masa nk solat teraweh? Tidakkah diluar sana masih terdapat fakir
miskin ank yatim yg memerlukan sedikit sumbangan dari kita.
Apakah kita tidak pernah merasakan bhw kita sememangnya mementingkan
diri dan isi perut sendiri.Islam mengajar agar kita selalu mengambil
berat tentang keadaan umat sekeliling dengan menyantuni mereka yg susah
bukan diri kita bersikap lena di atas tilam empuk dalam kekenyangan
sedangkan jiran menahan lapar sampai ke pagi kerana ketiadaan makanan.
Puasa mengajar kita menjadi manusia bertimbang rasa, berbudi pekerti
dan berehsan terhadap org lain.Puasa bukan musim mempamirkan kemegahan
dan kemewahan menyediakan juadah berbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan