Rabu, 31 Julai 2013

Kedudukan Al Quran Dan Pengamalnya Di Sisi Allah



Al Quran ialah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah kepada Baginda Nabi kita Muhammad melalui perantaraan Jibril a.s.Kekuatan al quran sejak dari mula ia diturunkan sampai kini tidak pernah mampu dicabar oleh sesiapapun.Al Quran bukan kalam manusia biasa bahkan bukan juga kalam dari nabi Muhammad akan tetapi kalam dari Allah pencipta langit dan bumi.Beruntungkah sesiapa yang menjadikan al quran sebagi menu utama dalam kehidupannya di dunia.Ia diibaratkan sebagai hidangan dari Allah.Adakah lagi yang kebih berharga dari apa yg datangnya sendiri dari Allaah.

Al Quran diturunkan dengan tujuan menjadi peringatan kepada sebagian manusia yang beriman dan takut kepada-Nya.Firman Allah "Tidak kami turunkan kepada-Mu Al Quran untuk menyusahkan melainkan sebagai peringatan kepan mereka yang takut".Ia hanya bermanfaat bagi orang yg ingin taat dan merasa takut padanya sahaja.

Terdapat juga segelintir manusia yang menjadikan Al quran untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu yg bersangkup paut dengan kepentingan dunia srmentara ini.

Ada sebahagian mereka mengamalkan ayat-tertentu atau surah- tertentu sebagai azimat dan awek muda.Ada juga dibaca dan diamalkan semata-mata ingin menundukkan suami/isteri dan bermacam-macam tujuan yang lain sedangkan quran yang mulia ini diwahyukan untuk memberi petunjuk dan pedoman hidup agar mencapai kebahagiaan dunis dsn akhirat.

Ada juga menjadikan ayat Al Quran sebagai penghias dinding di rumah dan di pejabat tanpa  memahami dan membacanya.Rumah akan bercaya apabila dibacakan didalamnya Al Quran @ diajarkan hadis dan hukum hakam agama di dalamnya.

Kelebihan Alquran di sisi Allah tidak ada siapapun yang boleh menafikanya lagi,jesteru Nabi bersabda seafdal ibadat bagi umatku ialah membaca Al Quran.Dimikian tinggi kemulian ibagat ini di sisi Allah.

Di dalam sebuah hadis terdapat riwayat bahawa nabi bersabda "Sesiapa yang menghabiskan masanya dengan berzikr kepada Allah dan membaca Al Quran dari memohon permintaan dariNya nescaya Allah  akan menganugerahkan kepadanya seutama- utama pemberian yang diberikan kepada orang yang meminta".Demikianlah mafhum hadis.

Ahli Al Quran mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di mata pandangan Allah.Mereka dinisbahkan dengan Ahlillah (keluarga Allah).Nabi bersabda "Ahli Al Quran, mereka itu ialah Ahli Allah yang memiliki keistimewaan tertentu yang tidak ada pada orang lain"au kama Qaal.

Bacalah Al Quran wahai saudaraku yang dikasihi! Sesiapa yang membaca satu huruf saja dari Al quran akan ditulis baginya satu hasanah,setiap hasanah akan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda.Terangilah rumah-rumah kalian dengan cahaya al quran ,terangilah hati sanubari kita dengan petunjuk al quran.Tidak mengapa jika rumah kita bergelap tanpa lampu letrik dan tv berwarna asalkan hati kita bercaya dengan gemerlapan cahaya quraani.

Wahai tuhan kami berikanlah kebaikan dunia akhirat kepada kami,golongkan kami daripada pembaca dan pengamal isi kandungan kitabMu Al Quran.
Selamat beramal...salam Ramadan dari UAB(USTAZ AHMAD BUHORI)

Sabtu, 27 Julai 2013

Sombong yang membinasakan diri.



Bongkak dan sombong kaum musyrikin menjadikan sebab mereka tenggelam dalam kesesatan.Sekalipun kebenaran Al Quran dan segala ajaran yang di bawa oleh baginda terbentang di hadapan mata kaum musyrikin Mekah tetapi mereka menolak dan mempermainkan kebenaran yang suci. Ini disebabkan sifat bongkak dan sombong yang menapak tebal di dalam hati mereka.

Mereka memandang Baginda Rasul seperti manusia biasa yang tidak memiliki apa_apa keistimewaan.Bagi mereka Muhammad tidak lebih daripada seorang anak yatim yang miskin menumpang kasih dari bapa sauadara dan datuk  semasa kecil dan remaja.

Bagi mereka Muhammad tidak memiliki harta yang banyak yang mampu menandingi kekayaan mereka.Pada mereka harta adalah segala-galanya termasuk didalam menilai sesuatu kebenaran.Betapa dangkalnya mereka kafir musyrik dan mereka yang seumpanya yang berfikiran sempit meletakkan sesuatu kebenaran dan kepalsuan bersandarkan material dunia sedangkan harta dunia tidak ada kene mengena dengan benar atau salah sesuatu perkara apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan Agama dan wahyu Allah.

Dalam dunia politik moden hari ini pun kita tidak dapat lari dari aliran jenis pemikiran seperti ini..Pemikiran meletakkan kebendaan sebagai kayu pengukur kepada sesebuah perjuangan.Perjuangan politik terkadang terbabas dari landasan asal kerana telah dirosakkan oleh kuasa wang dan harta kemewahan sehingga parti politik yang asal memperjuangkan bangsa dan tanah air sudah tidak lagi mampu membawa motto perjuangannya.

Demikianlah betapa rosaknya kaum bangsa arab quraish jahiliah menilai dan menerima Rasulullah.Mereka menolak Batang tubuh Baginda di sebabkan mereka menyandarkan sesuatu kepada harta dan keseronokan dunia.Muhammad datang membawa kebenaran dan mengajak mereka kembali kepada fitrah yang suci murni.
Kembali kepada kesucian agama bererti mengenepikan kepentingan dunia yang mereka sembah.Bukan senang untuk mereka membuat keputusan meninggalkan semua yang mereka miliki semata-mata ingin mengikut Muhammad ditambahkan pula dengan sifat sombong yang menebal di dalam diri mereka maka mereka lebih mudah menolak dan menfitnah Baginda dan para sabahat dengan fitnah-fitnah keji.

Kaum kafir menyifatkan para rasul dengan sifat-sifat yang hina pada pandangan mereka serta mereka menjadikan alas an tersebuat sebagai perkara yang sangat penting untuk menolak ajakan dan seruan para rasul terhadap mereka.

Al Quran merakamkan kerenah mereka dalam beberapa ayat yang mulia.Antaranya ialah perkataan Firaun dan menteri-menterinya terhadap Nabi Musa.Firman Allah “Sehingga mereka berkata dengan angguhnya :patutkah kita beriman dengan dua orang manusia seperti kita sedang kaum mereka menjadi orang-orang surahan kita”.

Diantaranya juga ialah perkataan kaum musyrikin terhadap kedudukan Baginda Nabi Muhammad.Mereka telah memandang Baginda hanya seperti manusia biasa seperti dinyatakan dia dalam Al Quran.
Firman Allah “mereka berkata apakah ini seorang rasul? Memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar.
Mereka yang kufur ini pada zahirnya mereka menginginkan kelaianan pada rasul bukan seperti manusia biasa.

Ketahuilah itu hanya alasan penolakan semata-mata.Mereka sebenarnya berselindung di sebalik alasan itu bagi menutup perkara yang sebenar iaitu yang bersangkuppaut dengan kepentingan diri sendiri yang menebal.Itu saja.

Sesungguhnya keyakinan kita kepada para nabi sangat tinggi kedududkannya berbanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Tetapi cara pujian dan pengagungan kita teradap para nabi dan kekasih Allah tidaklah sampai menyamakan nabi memiliki kuasa seumpama kuasa Allah seperti yang diyakini oleh penganut kristian.


Jumaat, 26 Julai 2013

Mencintai Rasulullah Tanda Hati Orang Beriman

Keyakinan yang pasti terhadap diri Rasulullah yang wajib ada pada setiap manusia muslim ialah mengakui akan keharusan berlaku kepada Rasulullah perkara-perkara yang harus berlaku kepada manusia biasa seperti sakit yang ringan yang tidak mengurangkan kedudukan Baginda sehingga menyebabkan umatnya lari menjauhinya.

Sebagaimana kata penulis aqidatul awam "Harus bagi mereka (para rasul) mengalami apa yang harus dialami oleh manusia biasa tanpa mengurangkan darjatnya seperti sakit yang ringan".

Baginda tetap sebagai seorang manusia biasa yang memiliki sifat-sifat kemanusian seperti makan minum, tidur, berkahwin,berjalan di pasar dan sebagainya.Baginda juga tidak memiliki sebarang kuasa sama ada memberi manfaat pada dirinya atau mendatangkan mudarat kepada dirinya atau orang lain.

Allah berfirman "Katakanlah aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah.Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib,tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyak benda-benda yang akan mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan.Aku tidak lain hanyalah pesuruh Allah yang memberi amaran kepada yang ingkar dan pembawa berita gembira bagi orang orang-orang yang beriman.

Mengangkat kedudukan para nabi menyamai maqam kedudukan Allah yang maha pencipta adalah termasuk di dalam perbuatan sesat yang sangat nyata.Seperti yang di anuti oleh penganut-penganut agama kristian.Mereka beranggapan  Bahawa Nabi Isa memiliki kuasa yang luar biasa seperti menyembuhkan penyakit bahkan mereka meletakkan nabi Isa seperti Allah lantaran itu mereka menyembah Nabi Isa sekalipun tidak pernah ada para nabi yang diutuskan mengajar agar menyembah nabi termasuk Nabi Isa sendiri.

Bahkan dikhabarkan sebelum berlakunya kiamat Nabi Isa akan turun semula ke dunia memerangi dajjal dan meranapkan salib dan penyembah-penyembahnya dari penganut agama kristian.Nabi Isa turun bukan untuk meraikan penyembahnya bahkan memerangi pentaksubnya.

Sungguhpun para nabi adalah manusia biasa dan memiliki sifat-sifat kemanusiaan tetapi pada diri mereka dianugerahkan sesuatu yang membezakan daripada manusia biasa seperti mukjizat yang tidak ada pada manusia biasa dan mukjizat itu tidak dapat di kejari oleh sesiapapun.

Di dalam permaslahan ini ada sebahagia umat islam tidak memahami keperluan mencintai banginda dengan menzahirkan kecintaan melampau lantas dengan mudah menghukmkan syirik dengan perbuatan seperti mengadakan majlis memperingati bulan kelahiran Baginda, berkumpul berselawat kepadanya dan sebebgainya.

Bersungguh-sungguh mencintai Baginda,mentaatinya dan bergantung hati kepadanya dan sentiasa berusaha mendapatkan keredaannya dan dan syafaat darinya diakhirat nanti  sememangnya dituntut oleh Baginda.Namun diingatkan dengan ingatan yang tegas bahawa bentuk pengagungan dan kasih sayang terhadap baginda tidak sampai kepada menyifatkannya dengan sifat Rububiah Allah.

Semoga Allah merahmati orang yang berkata "Tinggalkan orang kristian dalam menyanjung Nabi mereka (Isa) dengan erti jangan kamu katakan Nabi Muhammad itu mempunyai sifat ketuhanan.Selepas itu terserahlah kepada kamu untuk memuji baginda sekehendak hatimu".

Menzahirkan kecintaan terhadap Baginda dalam apajua bentuk kelakuan tidak menjadi salah sama sekali selagi tidak mnyandarkan sifat-sifat ketuhanan kepada Baginda.Yang menjadi salah dan sesat ialah apabila bentuk pengagungan terhadap nabi di campur-adukkan dengan hak-hak Allah dari sifat uluhiah (penyembahan).

Pengagungan sehingga sampai ke peringkat meletakkan kesamaan seperti  tuhan amat di tegah dan sesat sesiapa yang melakukannya.Sabda nabi "Jangan kamu berlebih-lebihan memujiku sepertimana orang kristian  berlebih-lebihan memuji Putera Maryam (Nabi Isa).Bersungguh-sungguh mencintai Nabi tidak dianggap berlebih-lebihan selagi tidak mempertuhankannya seperti yang dilakukan oleh penganut Agama Kristian....bersambung.









Rabu, 24 Julai 2013

Hati Akan Bercahaya Dengan Alunan Zikrullah

"Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang".

Bagi mereka yang telah merasai nikmat dan lazat menyebut Nama Tuhannya pasti tidak akan merasa ragu mengungkapkan betapa indahnya di saat dia bersama Allah,menyebut keagungan namanya, mengamati kejadian makhluk ciptaannya seterusnya merasai kebersamaan dengannya setiap detik dan saat.

Hati yang kotor dengan segala najis kekotoran dosa memerlukan penggilap untuk menjernihkan karat-karat noda yang tersadur dengan perbuatan hina dan keji.Nabi besabda "setiap sesuatu ada penggilap,dan penggilap bagi hati ialah zikrullah". Hati akan terus terang benderang dengan cahaya zikrullah sehinggakan menjadi mudah baginya melakukan khidmat dan ketaatan kepada perintah Allah dalam keadaan susah mahupun senang.Mereka -mereka seperti ini akan sentiasa tunduk patuh pada perintah Allah dan bersedia berkorban demi agama walau dalam keadaan apa jua keadaan sekalipun.

Aneh jika terdapat mereka yang mendakwa sebagai ahli zikir tetapi tidak besedia menjunjung perintah Allah dalam kehidupan mereka apatah lagi sanggup memengambil idologi barat yang bercanggah dengan islam sebagai peraturan hidup. Tidak didapat diragukan lagi bahawa hati boleh berkarat seperyi mana berkaratnya tembaga dan lain-lain.

Penggilat hati ialah zikrullah.Zikrullah akan menggilap hati dan mencerahkannya seperti cermin putih. Hati yang putih bersih sesekali tidakkan mempertikaikan ketentuan hukum keatasnya yang berupa kewajipan dan kefarduan apatahlah membantah secara sambrono tanpa melihat kepada maslahah di sebalik kewajpan tersebut seperti mempertikaikan kewajipan menutup aurat. Merpertikaikan keputusan majlis fatwa akan keharaman umat wanita islam menyertai ratu cantik yg memperagakan tubuh badann seperti binatang ternakan yang hendak dijual merupakan salah satu contoh terdekat bukti pemilik hati yang kotor.

Sebesar-besar musibah yang menimpa keatas seseorang ialah apabila hatinya sudah menjafi keras disebabkan dosa lampau.Imam Hasan Al Basri didatangi seseorang yang mengadu kepadanya tentang hatinya keras.Hasan Basri menasihatinya supaya mendidik hatinya dengan mempetbanyakkan mengucap subhaanallah wal hamdulillah wa allaahu akbar wala haula wala quwwata illa billah.

FAEDAH -FAEDAH ZIKIR

Zikir dapat menghalau syaitan dan gangguannya.Hamba Allah yg menjaga lidah dan hati dengan zikrullah akan dipelihara dan dijauhkan dari tentera-tentera syaitan dan gangguannya.Kalaulah dengan zikir hanya terdapat kelebihan ini saja,sudah layaklah bagi hamba itu tidak berhenti bibirnya dari berzikir.Sesungguhnya syaitan tidaa akan masuk ke dalam diri melainkan dari pintu-pintu kelalaian, kerana syaitan akan masuk dan tinggal menetap di dalam hati selama hati tersebut berada dalam keadaan lalai dan was-was.Zikrullah dapat mengendurkan kemaraan dan mengecilkan musuh Allah itu menjadi seperti seekor lalat.

Diantaranya lagi,agar kita diredhai oleh Allah bahkan dengan berzikir dapat menghilangkan kesedihan dan kegundahan, mendatangkan kegembiraan dan keriangan, menguatkan hati dan badan, menyinari hati dan wajah, memudahkan rezki dan memakaikan orang yang berzikir sengan pakaian haibah.

Demikianlah antara keutamaan dan kelebihan zikir yang tidak sepatutnya diabaikan oleh setiap individu muslim yang menginginkan kesejahteraan dan pemeliharaan sebenar dari Allah.

Jumaat, 19 Julai 2013

Islam Agama Wahyu

Setiap Nabi Utusan Allah Adalah Membawa Wahyu

ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻠِﻚَ ﻣِﻦْ ﺭَﺳُﻮﻝٍ ﺇِﻻَّ ﻧُﻮﺣِﻲ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺃَﻧَّﻪُ ﻻَ ﺇِﻟَٰﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧَﺎ ﻓَﺎﻋْﺒُﺪُﻭﻥِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

Allaahu Rabbuna menerangkan di dalam ayat ini dengan jelas sekali bahawa setiap Rasul yang diutuskan sebelum Rasul kita semuanya membawa ajaran yang sama(ajaran tauhid) sekaligus menyangkal dakwaan sesat konsep tuhan anak tuhan bapa.Allah hsnya satu tiada dua dan tiada tiga bahkan tunggal.

Setiap rasul yang diutuskan menerima wahyu yang benar dan mudah untuk membezakan diantara wahyu dengan kalam manusia biasa.Wahyu Allah Al Quran merupakah sebahagian mukjizat besar yang tidak akan mampu sama sekali dicabar oleh mana-mana ahli bahasa sastera dari segi ketinggian bahasanya dan logik akal manusia..Seperti biasa hanya yang berakal saja yang dapat berfikir.

Pada saat surah al asr dibacakan kepada amru al ash yg pada waktu itu beliau belum memeluk islam,beliau mengakui bahawa kalam ini sangat luar biasa dan bukan dari karangan dan ciptaan manusia.Lalu musailamah al kazzab mengarang sebuah surah yang menyamai bilangan ayat dalam surah al asr dan membacakan ayat itu kepada amru."Apa pendapat mu wahai amru tentang ayat yang baru aku terima ini".Jawab Amru "Demi Allah sesungguhnya kamu tahu bahawa aku tahu kamu ini adalah seorang penipu besar".

Manusia memgenai hak Allah tidak boleh sama sekali memandai-mandai mencipta teori itu dan ini bahkan mestilah terus bersandarkan kepada Wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi setiap umat.

Manusia yang cuba mencari tuhannya dengan akal tanpa bersandarka wahyu pasti sesat seperti yg berlaku kepada pemuja-pemuja Isa al maseh yang mendakwanya sebagai tuhan yang yg di sembah.Alangkah teruknya kesesatan yang telah mereka lakukan.

Kenyataan pegangan akidah sesat mereka di rakamkan dalam Al Quran pada ayat yang berikutnya:
ﻭَﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺍﺗَّﺨَﺬَ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦُ ﻭَﻟَﺪًﺍ ۗ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ۚ ﺑَﻞْ ﻋِﺒَﺎﺩٌ ﻣُﻜْﺮَﻣَ

Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.

Mereka menganggap tuhan mempunyai anak sedangkan setiap nabi yang diutiskan tetmaduk nabi mereka sendiri tidak pernah mengajarkan akidah tuhan beranak,ini bererti sesat mereka disebabkan sikap memandai-mandai pendita mereka mencipta agama yg tidak diajar oleh nabi itu sendiri.

Menyandarkan dan menisbahkah tuhan dengan ank bererti menyandarkan sifat lemah kepada zaat yang maha tidak berhajat kepada sesuatu.Mereka telah meletakkan Allah lemah seperti makhluk kerana Allah juga memerlukan ank tempat menumpang seperti kita.
Maha suci Allah dari sifat yg tidak layak sepertimana yang telah mereka sifat itu....

Khamis, 18 Julai 2013

Ulasan status fb seorang rakan

Tertarik dengan status seorang rakan fb tentang trend berbuka puasa di hotel.Sekalipun tidak pernah ada larangan untuk kita berbuka di luar samada di kedai atau hotel2 mewah tetapi satu persoalan yg perlu di jawab dengan tuntas apakah keperluan sehingga kita terpaksa ke sana?

Kita maklum waktu maghrib adalah waktu yg paling singkat dan kita juga sedia maklum berbuka di tempat2 seperti itu memakan masa yg agak lama yg akhirnya menyebabkan solat maghrib akan kelewatan, itupun klu solat kerana ada jgk org yg berpuasa tp tak solat.

Selain itu berbuka di hotel mengajar kita menjadi manusia yg boros dan suka membazir.Menu makanan yg banyak pastinya akan di bayar dengan harga yg mahal.Terdapat restoran dan juga hotel yg menyediakan pakej dengan harga......perkepala dibenarkan makan dan berada disitu sampai pukul 10 mlm.Lama betul dia ambil masa untuk makan.Nah kalu begini keadaannya bila masa nk solat teraweh? Tidakkah diluar sana masih terdapat fakir miskin ank yatim yg memerlukan sedikit sumbangan dari kita.

Apakah kita tidak pernah merasakan bhw kita sememangnya mementingkan diri dan isi perut sendiri.Islam mengajar agar kita selalu mengambil berat tentang keadaan umat sekeliling dengan menyantuni mereka yg susah bukan diri kita bersikap lena di atas tilam empuk dalam kekenyangan sedangkan jiran menahan lapar sampai ke pagi kerana ketiadaan makanan.

Puasa mengajar kita menjadi manusia bertimbang rasa, berbudi pekerti dan berehsan terhadap org lain.Puasa bukan musim mempamirkan kemegahan dan kemewahan menyediakan juadah berbuka.

memilih tawakkal dan sabar

ﻭَﻣَﺎ ﻟَﻨَﺎ ﺃَﻻَّ ﻧَﺘَﻮَﻛَّﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻗَﺪْ ﻫَﺪَﺍﻧَﺎ ﺳُﺒُﻠَﻨَﺎ ۚ ﻭَﻟَﻨَﺼْﺒِﺮَﻥَّ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺁﺫَﻳْﺘُﻤُﻮﻧَﺎ ۚ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻠْﻴَﺘَﻮَﻛَّﻞِ ﺍﻟْﻤُﺘَﻮَﻛِّﻠُﻮﻥَ

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".

Para Nabi dan pengikutnya sentiasa mengambil sikap berserah diri dan meletakkan pergantungan hati kepada Allah.Segala cubaan dan ujian mereka terima dengan berlapang dada dan menyandarkan perbuatan jahat dan penganiayaan terhadap mereka dengan semangat kesabaran yang kuat.Sikap itulah yg menjadikan mereka berjaya setelah diuji disaring dengan pelbagai musibah terlebih dahulu.

Sesungguhnya para rasul menghadapi ujian dilapangan dakwah dengan belbagai ragam kaum mereka.Ada di kalangan mereka yang di bunuh, ada juga yang perlekeh dan dihalau.Demikian juga ujian yang dihadapi oleh nani kita dan para sahabatnya.Ujian dan cobaan itu mereka hadapinya dengan jayanya dan menjadikan iman mereka utuh seumpama besi waja yg tidak akan terkalahkan oleh godaan nafsu dunia

Kesatuan musuh-musuh Islam


ﻭَﻛَﺬَٰﻟِﻚَ ﻧُﻮَﻟِّﻲ ﺑَﻌْﺾَ ﺍﻟﻆَّﺎﻟِﻤِﻴﻦَ ﺑَﻌْﻀًﺎ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻜْﺴِﺒُﻮﻥَ

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).

Demikianlah sikap musuh-musuh Islam akn berkerjasama sesama mereka bagi menghancurkan Islam.Begitu juga dengan munafiq yg berada di tengah2 masyarakat Islam mereka sentiasa beralasan untuk tidak bersama2 di dlm program syiar islam tetapi sangat mesra jika bersama program mungkar.

Ali pernah meminta kebenaran dengan Baginda Nabi untuk berkahwin dengan ank perempuan Abu Jahal semasa puteri Nabi masih hidup tetapi tidak dibenarkan kerana nabi dengan tegasnya menyatakan bahawa ank kekasih Allah tidak sekali- kaki berhimpun dengan ank musuh Allah.

Setelah berlaku rampasan kuasa di Mesir,pimpinan islam jatuh maka yg plg seronok dan bertepuk tangan keriangan ialah negara israil..pimpinan Israil org pertama mengucapkn tahniah atas kejayaan rampasan kuasa tersebut.kemudia ucapan tahniah datang dari beberapa buah negara Islam antaranya Saudi.Bahkan raja saudi sanggup menawarkan danauntuk membangunkan semula mesir.

Semasa mesir berhempas pulas menaikkan ekonomi Mesir,saudi pada waktu itu diam membisu seribu bahasa.dan kini terserlahlah sikap sebenar saudi dengan mengiakan rampasan kuasa dr kerajaan yg sah melalui sistem demokrasi.Saudi tanpa ada sedikit rasa segan bersekongkol dengan rejim sekular di mesir.

Si zalim akan mudah bersekongkol dengan si zalim yg lain.Orang jahat takkan sanggup duduk bersama dengan orang yg baik kerana kejahatan mereka akn ditegah dan dihalang oleh org baik..Bagi memudahkan kerja2 jahat org jahat,maka yg jahat akan memilih yg jahat juga sebagai kawan dan teman.

Setiap tindakan kejam yg dilakukan oleh mereka tidak akan di halang bahkah di sokong sekalipun terpaksa menumpahkan darah orang awam.
Sedangkan jikalau penduduk langit dan bumi bersekongkol menumpahkan seorang darah muslim yg tidak berdosa nescaya semua mereka akan dihumbangkan kedalam neraka.

Klosa ayat ancaman seperti ini hanya akn ada pada kamus org beriman sahaja..adapun kafir dan munafik tidak mempercayainya sebab itulah mereka sanggup bersama demi mempertahankan kuasa mereka

Rabu, 17 Julai 2013

Antara Kita Dan harta

Kita sering mendakwa itu hak aku itu milik aku sedangkan tiada sesuatupun yg menjadi milik kita yg sebenar.Kalau yerpun itu hak kita tetapi kita kena ingat itu hnya pinjaman sementara saja.

Apakah manusia sering kali terlupa atau sememangnya jahil bahawa setiap sesuatu di langit dan di bumi adalah milik Allah.Ampunya pemilik hakiki ialah Allah manakala kita hanya diberi tugas menggalas amanah terhadap kurniaannya saja.

Setiap pemberian darinya pasti akan dipertanggungjawabkan nanti.Tidak akan berganjak kaki anak adam di akhirat nanti melainkan akan di tanya beberapa perkara.Antara lain berkenaan dengan harta dari mana dia memperolehi dan kemana dibelanjakan harta itu.

Manusia terus terlupa bahawa harta yg dikumpulkan dlm pelbagai sumber itu merupakan beban yg akn memberatkan batang tengkuknya di yaumul mahsyar.

walaupun banyak ayat-ayat dan juga hadis-hadis yang menceritakan perihal harta dan kemudaratannya jikalau tidak diurus dengan baik akan menyebabkan kemusnahan dan kecelakaan tubuh diri sendiri.

Aaah! Susah sungguh manusia mahu mngerti sesuatu perkara.

Peringatan yg macammana lg yg mampu menyedarkan hati manusia..Keras sungguh!

Aneh sungguh sikap kita di dunia.Kita tau dunia akan kita tinggalkan tetapi cara kita melayan dunia umpama belangkas yg takkan berpisah dengan pasangannya.Dunia kita peluk erat sedangkan dunia hanya menanti masa ingat mengucapkan selamat tinggal buat kita.

Nabi dan sahabat tidak meletakkan dunia sebagai.Di mana kita?
Kita sering mendakwa itu hak aku itu milik aku sedangkan tiada sesuatupun yg menjadi milik kita yg sebenar.Kalau yerpun itu hak kita tetapi kita kena ingat itu hnya pinjaman sementara saja.

Apakah manusia sering kali terlupa atau sememangnya jahil bahawa setiap sesuatu di langit dan di bumi adalah milik Allah.Ampunya pemilik hakiki ialah Allah manakala kita hanya diberi tugas menggalas amanah terhadap kurniaannya saja.

Setiap pemberian darinya pasti akan dipertanggungjawabkan nanti.Tidak akan berganjak kaki anak adam di akhirat nanti melainkan akan di tanya beberapa perkara.Antara lain berkenaan dengan harta dari mana dia memperolehi dan kemana dibelanjakan harta itu.

Manusia terus terlupa bahawa harta yg dikumpulkan dlm pelbagai sumber itu merupakan beban yg akn memberatkan batang tengkuknya di yaumul mahsyar.

walaupun banyak ayat-ayat dan juga hadis-hadis yang menceritakan perihal harta dan kemudaratannya jikalau tidak diurus dengan baik akan menyebabkan kemusnahan dan kecelakaan tubuh diri sendiri.

Aaah! Susah bagi manusia mahu mngerti sesuatu perkara yang berkaitan dengan iman..Peringatan yg macammana lagi yang mampu menyedarkan hati manusia..Kerasnya hati melbihi dari kerasnya batu.

Aneh sungguh sikap kita di dunia.Kita tau dunia akan kita tinggalkan tetapi cara kita melayan dunia umpama belangkas yg takkan berpisah dengan pasangannya.Dunia kita peluk erat sedangkan dunia hanya menanti masa ingat mengucapkan selamat tinggal buat kita.

Nabi kita dan sahabat  baginda tidak meletakkan dunia sebagai keutamaan dalam kehidupan bahkan Nabi pernah berdoa dengan suatu doa yang barangkali tidak sanggup bagi kita melafazkannya.Antara doa Baginda "Ya Allah hidupku miskin dan matiku dalam keadaan miskin dan himpunkan aku bersama kelompok orang-orang miskin. 


Selasa, 16 Julai 2013

Meletakkan pergantungan hidup hanya pada yang maha esa


ﺇِﺫْ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟْﺤَﻮَﺍﺭِﻳُّﻮﻥَ ﻳَﺎ ﻋِﻴﺴَﻰ ﺍﺑْﻦَ ﻣَﺮْﻳَﻢَ ﻫَﻞْ ﻳَﺴْﺘَﻂِﻴﻊُ ﺭَﺑُّﻚَ ﺃَﻥْ ﻳُﻨَﺰِّﻝَ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﻣَﺎﺋِﺪَﺓً ﻣِﻦَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎءِ ۖ ﻗَﺎﻝَ ﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺇِﻥْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ

Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".

Nabi Isa menjawab permintaan mereka dengan memerintahkan supaya bertakwa kpd Allah.Perhatikan jawapan tersebut.Nabi Isa tidak menjawab ya di atas persoalan yg dikemukakan kpdnya kerana Allah lebih mampu memberikan sesuatu melebihi apa yg mereka minta bahkan Allahlah pengurnia rezki yg sebenar.

Soal rezki bukanlah suatu yg susah bg Allah kerana Allahlah yg mencipta sesuatu dan mengurusatur ciptaannya termasuk yg berkaitan dengan rezki.Apa yang susah ialah pergantungan hati manusia kpd rezki Allah..apa yg susah takwa hampa kpd tuhannya.

Lantaran itulah kita memahami bhwa apa yg ditekankan oleh nabi Isa ialah soal takwa kerana apabila seseorang sudah bertakwa maka Allah akn mengurniakan rezki dari pihak yg tidak disangka2 olehnya.Imam Hasan Basri menyakini bhw rezkinya tidak ada siapapun blh mengambil darinya,merampas atau menghalangnya.

Keyakinan inilah yg menjadikan dia sentiasa tenang dan sentiasa yakin kpd pemberi rezki(Allah) dan pergantungan hidupnya kpd Allah semakin kukuh.

Ketahuilah bahawa penyakit bergantung dengan makhluk adalah penyakit yg sangat merbahaya kerana dia akn menjadikan seseorang penakut tidak sanggup berkata benar kerana bimbang akan kehilangan sesuatu dari miliknya.

Inilah barah yg membelenggu umat islam kini.Mereka tidak yakin dengan kuasa tuhan yg menentukan sesuatu dengan qudratNya bahkan meletakkan puncak kuasa kpd makhluk.Nah kalau begitu keadaannya maka apa bezanya dengan penganut fahaman sekular barat yg meletak kuasa pada manusia bukan pd Allah..

Ingatlah wahai saudaraku yg dikasihi.Muslim takkan sama dengan yg bukan muslim selamanya.Akidan dan pegangan antara mereka berbza dan akan terus berbeza sampai kiamat.Muslim meletakan kuasa mutlak hnya ada pada Allah sedangkan non muslim meletakkan kuasa pada makhluk (manusia)

Barangkali inilah yg di namakan fahaman sekularisma dan golongan anti Islam.Semoga kita berlepas diri dari menjadi penyokong mereka apatah lagi mendokong perjuangan mereka

Mengetuk pintu keselamatan hakiki di sisi Allah s.w.t



Manusia seringkali terleka dan terjebak dengan perkara-perkara yang membinasakan diri sendiri.Mereka kabur tentang diri sendiri dan matlamat hidup lantaran daripada kecetekan ilmu pengetahuan dan kelemamahan pandangan mata hati kerana jauh dari agama sehingga tidak mampu melihat perkara-perkara yg menyelamatkan mereka didunia mahupun akhirat.
            Manusia juga selalu tertewaskan dengan persoalan umur.Umur yang diibaratkan oleh Imam Ghazali sebagai modal utama untuk mendapatkan sesuatu samada keperluan yang mencangkupi kepentingan-kepentigan dunia ataupun ganjaran pahala dan redha tuhan di akhirat nanti.Umur sepatutnya digunakan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah swt semata-mata.
            Bermodalkan umur yang diberikan inilah seorang manusia yang pandai menguruskan masa dapat menjadikan dirinya bernilai dan berharga bukan menjadi sampah masyarakat yang dipandang hina.Orang-orang yang  berfikir dengan baik akan menggunakan masa untuk menambahkan ilmu dan ibadat supaya dia lebih dekat dengan tuhannya.
            Selain dari persoalan masa yang pastinya akan dipertanggungjwabkan oleh Allah kepada setiap hamba-hambaNya di Akhirat kelak manusia juga terkalahkan dengan persoalan harta.Tidak mengambil berat sumber memperolehi harta apatah lagi membelanjakan pula pada jalan-jalan yang diharamkan pasti akan mengundang murka dan azab diakhirat selain harta tersebut tidak diberkati olehNya di dunia.
            Firman  Allah swt dalam surah “Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sama  yang buruk dengan yang baik walaupun banyak yg buruk itu menarik perhatian hatimu.Bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran,supaya kamu Berjaya” Al Mukminun ayat 51
            Allah tidak akan menerima kebaikan sedekah yang bersumberkan dari yang haram sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud “siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mensedekahkannya,maka tidak terdapat didalammya sebarang ganjaran tetapi dosanya tetap dipikulkan atasnya “.Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban di dalam kitab Soheh masing-masing.
            Manusia terpedaya dengan keseronokan harta dunia sehingga melupakan bahawa harta dunia semata-mata tidak akan mampu membahagiakannya di akhirat apatahlagi jikalau harta itu dari yang haram.Harta haram akan menyebabkan ampunya harta terhumban ke neraka.Daripada Jabir Rasulullah bersabda “Tidak akan msuk syurga daging yang tumbuh dari barang yang haram”.Hadis riwayat ibnu Hibban dalam sohehnya.
            Persoalan lain yang menjadikan manusia tertunduk hina di hadapan Allah nanti ialah perkara yang berkaitan dengan ilmu yang diamalkan.Terdapat ancaman yang amat ngeri bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmunya dan berlainan  antara percakapan dengan perilakunya.
            Firman Allah “patutkah kamu mnyuruh manusia supaya berbuat kebajikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri padahal kamu semua membaca kitab Allah,tidakkah kamu berakal?( Al Maidah ayat 68)
            Maka benarlah apa yang telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah “Tidak akan bergerak kaki seseorang hamba pada hari kiamat,sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara; tentang umurnya untuk apa dia dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia digunakan, tentang hartanya dari manakah dia memperolehinya  dan untuk apa dia membelalanjakannya dan tentang ilmunya apakah yang dia amalkan”.(Hadis riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini hasab soheh).

Pintu-pintu keselamatan.
            Walau bagaimana keadaan manusia di hadapan Tuhannya.Keluasan pintu rahmat Allah sentiasa terbuka dan tidak membiarkan manusia kekal dalam keadaan bersalah selagi mana manusia ingin kembali ke pangkal jalan setelah jauh tersesat dengan godaan nafsu dunia.Ketuklah pintu babahagia dan dan jendela keselamatan dariNya.
            Terdapat banyak perkara-perkara yang dikira sebagai pintu penyelamat dan juga perhiasan diri peribadi dan hati nurani sebagai tempat yang dipandang oleh Allah.Antaranya ialah:
1)Tidak berputus asa dari memohon kempuanan dariNya (taubat)
Setelah menyedari bahawa setiap dari hamba biasa pasti akan  berdepan dengan risiko kelalaian dan kealpaan ketika melayari alam bahtera kehidupan di alam fana ini yang terkadang terjebak juga dengan dosa dan noda semada sengaja atau tidak disengajakan.Makan Allah tetap memberikan pengampunan kepada sesiapa yang menginginkan pengampunannya.
Allah memerintahkan kita agar sentiasa bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan tidak boleh sesekali merasa bosan untuk terus bertaubat, sebagaimana kita tidak pernah bosan dan jemu melakukan perkara dosa maka demikian jugalah kita tidak sepatutnya berasa mudah jemu dan bosan mengharapkan keampuanan dariNya.
Allah berfirman di dalam surah Annur ayat 31 yang bermaksud “Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah  wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.
Di dalam ayat yang lain pula Allah berfirman “wahai orang-orang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat nasuha”al Tahrim ayat 8.
Berdasarkan dua ayat ini maka jelaslah perintah taubat atau kembali ke pangkal jalan ditujukan khusus kepada orang-orang yang beriman.Bersegera melakukan taubat merupakan satu tanggung jawab dan kewajipan setelah ternoda dengan dosa kesalahan dan melewat-lewatkannya dikira suatu kelalaian lain pula.
Syarat-syarat taubat
Al Imam habib Abdullah Al Haddad menukilakn didalam kitabnya Nasihat-nasihat Agama Dan Wasiat Iman bahawa taubat bukan hanya sekadar ucapan seseorang hamba dengan lidahnya “aku memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah semata-mata” tanpa timbul di dalam hatinya perasaan penyesalan diatas perbuatannya yang lepas dan meninggalkan dosa-dosa tersebut.
Ulama telah menggariskan bahawa taubat mempunya syaratnya dan tidak sempurna taubat seseorang melainkan dengannya.Syarat-syarat tersebut ialah:
1.Menyesal dengan hati atas dosa-dosa yang telah dilakukan
Dapat juga difahami di sini bahawa menyesali perbuatan salah yang telah berlaku berkait rapat dengan urusan hati.Hati memainkan peranan penting dalam hal ini.Sentiasa memohon agar Allah mengurniakan hati yang lembut.Tidak ada yang dapat melebutkan hati seseorang melainkan Allah.
2.Meninggalkan terus dosa tersebut.
Tidak ada taubat bagi orang yg berterusan melakukan dosa.Meninggalkan perbuatan tersebuat dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah atau kerana takut kepada kemurkaan Allah.Bukan meninggalkan dosa disebabkan oleh sebab-sebab yang lain seperti tidak mempunyai peluang untuk melakukan dosa atau terdapat halangan penguatkuasan undang-undang .
3.Berazam tidak akan kembali melakukan dosanya selagi masih hidup.
Mereka yang benar-benar ingin betaubat hendaklah berazam bersungguh-sungguh dengan kezazaman yang benar tidak mahu kembali selamanya kepada dosa itu.Jika tiada keazaman sebegini akan memungkin dia akan terjebak dengan mudah dalam perkara dosa sekalipun dia sudah berusaha meninggalkannya.
Ketiga-tiga syarat ini terpakai kepada  kesalahan melibatkan perlanggaran pada hak Allah.Sementara dosa yang berkait dengan hak manusia maka hendaklah dia meminta maaf atau mengembalikan kezaliman kepada tuannya.
Sewajarnya setiap mukmin berwaspada dari melakukan dosa kerana di dalamnya terdapat kemurkaan  Allah dan kebencianNya.Ia merupakan sebab yang mengundang bala dan kemusnahan kepada si hamba samada di dunia atau akhirat.

2)Memperbanyakkan Istighfar
            Orang yang bijak akan sentiasa memikirkan keselamatannya di akhirat.Jesteru dia akan selalu bermuhasabah akan kelakuan dan tutur kata yang diucapkan.Dia akan selalu beristighfar memohon keampunan dariAllah dan tidak akan membiarkan dirinya diselubungi oleh dosa-dosa tanpa istighfar.
            Firman Allah “Dan mintalah ampun kepada Allah ,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha mengasihani”.Al muzammil :20
            Sabda Rasulullah “Sesiapa yang melazimkan istighfar maka Allah menjadikan untuknya bagi setiap kesedihan tempat keluar,dari setiap kesempitan jalan keluarnya,dan dia dikurniakan rezki dari sumber yang tidak disangka-sangka”.Riwayat Abu Daud,Al Nasaei.Ibnu majah dan al Hakim.
            Sesungguhnya Baginda Rasul sebagai contoh ikutan dan idola kaum muslimin telah mengajarkan kepada kita istighfar bukan hanya untuk mendapatkan pengampunan Allah semata-mata bahkan dengan istighfar menjadi sebab keluar kegundahan hati yang terhasil daripada kesedihan yang melampau.Baginda Rasul mengajar kita jalan keluar dari kesempitan hidup dan memperolehi  kurniaan rezki yang melimpah ruah dengan sebab keberkatan istighfar.
            Kesedihan hati adalah sifat biasa yang wujud pada manusia demikian juga sifat takut adalah perkara biasa bagi manusia.Bagaimana manusia dapat hidup dengan sempurna sekiranya sifat-sifat ini membelenggu dan bermain di dalam hati.Nah!istighfar inilah jawapannya untuk membuang sifat-sifat negatif ini.
            Sabda Nabi”Dan berbahagialah orang yang didapati didalam buku catatannya istighfar yang banyak”.Riwayat ibnu Majah.
            Memadailah kita mengetahui tentang kelebihan istighfar kerana manfaat dan faedah-faedahnya sangat besar dan kedudukannya agung di sisi Allah.Lantaran itulah maka Nabi kita setiap hari dan malamnya beristighfar tidak kurang dari tujuh puluh kali.
            Istighfar Baginda siang dan malam bukan kerana Baginda melakukan dosa,tidak sama sekali kerana baginda maksum dari semua kesalahan tetapi Baginda melakukan amalan tersebut kerana menginginkan ketinggian maqam orang yang selalu beristighfar di sisi Allah.Marilah kita jadikan amalam mulia ini sebagai amalam rutin dalam kehidupan kita seharian.
            Jangan sesekali membiarkan diri kita tidur dengan berselimutkan dosa disiang hari dan malamnya tanpa disirami dengan air istighfar.Beruntunglah bagi mereka yang memahami  dan mendapatkan pahala istighfar di akhirat nanti.
3)Raja’dan Khauf
            Raja’ ertinya mengharapkan Allah manakala Khauf pula ialah takut kepada Allah.Kedua-dua sifat ini sangat penting kepada setiap mukmin yang percaya kepada hari pembalasan kerana keduanya merupakan maqam terpuji.Allah telah mensifatkan para NabiNya ,para RasulNya, dan pengikut-pengikut mereka di kalangan orang-orang yang beriman dengan kedua-dua sifat ini.
            Firman Allah “Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan,dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut ,dan mereka pula sentiasa khusyu’ kepada kami”.Al Anbiaa :90
            Sifat raja’ sangat diperlukan kerana ia ibarat seperti nakhoda yang akan memandu dan membawa tuannya melakukan ketaatan dan perkara-perkara yang bersesuaian dengan Agama Islam sementara sifat khauf pula seperti pengawal yang akan mengawal seseorang dari terjebak ke dalam lembah kemaksiatan yang hina dan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
            Profesor Dokror Sayyid Muhammad ibnu Alawi Al Maliki Al Hasani menyebut di dalam kitabnya yang berjudul “Katakanlah Inilah JalanKu” bahawa sesiapa yang tidak ditegah oleh perasaan khaufnya daripada melakukan maksiat dan perasaan raja’nya tidak menariknya untuk melakukan ketaatan kepada Allah, maka khauf dan raja’nya hanyalah perbicaraan nafsu semata-mata ,tidak dikira dan tidak boleh dijadikan sandaran kerana kosong ia daripada hasil yang maksudkan dan faedah yang diharapkan.
            Terdapat segelintir manusia yang salah memahami makna raja’ kepada Allah sehingga mereka menghadap kepada maksiat dan berterusan berada dalam keadaan tersebut kerana berpegang dengan keluasan rahmat Allah.Kefahaman yang salah ini akan menjerumuskan seseorang ke dalam lembah kebinasaan jika dia tidak berusah memperbetulkan kesilapannya itu.
            Tidak kurang juga ramai manusia yang memahami agama berdasarkan logik akal tanpa bersandarkan ilmu-ilmu yang saheh yang diambilnya dari sumber yang benar.Agama bukan berasaskan kepada logik akal semata-mata bahkan hendaklah berpaksikan kepada sumber wahyu melalui Al Quran ,Hadis Nabi dan pendapat ulama muktabar.
            Semoga kita terlepas dari menjadi umat yang tertipu dan terpedaya dengan sangkaan-sangkaan salah yang akan menggelincirkan kita ke dalam kehancuran dan kebinasaan.Kepada Allah jua kita bermohon ..Amiin.

4) Bersabar dengan setiap ujian yang menimpa.
            Berasabar di atas setiap sesuatu ujian yang ditimpakan keatas seseorang manusia oleh Allah juga termasuk dalam antara perkara menyelamatkan dan besar kelebihannya di sisi Allah.Orang-orang yang beriman sangat-sangat memerlukan sifat sabar ini samaada ketika senang atau ketika susah.           
            Terdapat ayat-ayat dan hadis-hadis yang banyak menyebut tentang sifat sabar yang berupa suruhan atau galakan.Antaranya firman Allah “Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk (menghadap susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan solat kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.Al Baqarah 153
            Firman Allah “Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar”.Aali Imraan146
Allah berfirman kepada Nabinya “dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah terhasil kesabaranMu melainkan dengan memohon pertolongan Allah”.
            Orang  beriman amat memerlukan kesabaran terutamanya di saat menghadapi ujian yang datang kepadanya samada berupa bala bencana, musibah,kesempitan dan kesusahan hidup agar dia tidak akan mengeluh bahkan dapat menghadapinya dengan tenang serta bersangka baik dengan Allah.
            Orang mukmin sentiasa yakin setiap sesuatu yang didatangkan kepadanya dari Allah pasti aka ada kebaikan-kebaikan yang begitu banyak.Allah tidak akan menguji hambanya dengan zahir musibah melainkan akan menjadikannya dengan zahir musihah itu penghapusan dosa dan kejahatannya.Tidak akan tertimpa sesuatu kesulitan kepada orang yang beriman sehinggakan duri yang tertusuk di kaki melainkan Allah akan menghapuskan dosa dan kesalahannya.
            Kita tidak akan selamanya mengetahui sejauh mana dan setinggi mana kesabaran yang ada pada diri kita selagi kita tidak diuji dengan ujian-ujian musibah ini.Senang bagi kita menenangkan orang yang ditimpa ujian tetapi tidak senang bagi orang menanggung sendiri kesusahan di atas bahu sendiri ibarat bahu yang meminkul lebih berat dari mata yang memandang.
            Jesteru itulah Allah menjanjikan pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi kepada mereka yang mampu bersabar dia saat dia diuji.terkadang ujian datang dalam bentuk harta, terkadang dalam bentuk keluarga dan tidak kurang juga dalam bentuk kesakitan.
            Firman Allah “sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
            Itulah sebahagian dari sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh orang-orang  yang beriman sebagai perhiasan diri peribadi.Selagi mereka memakai pakaian taubat,mereka berhias dengan gemerlapan perhiasan istighfar,mereka mamacu langkah dengan kaki kesabaran  di samping meletak pengharapan yang tinggi kepada rahmat Allah seimbang dengan kerisauan kepada azab Allah nescaya mereka akan terus  mendaki puncak-puncak keselamatan dan kebahagian yang kekal abadi di sisi Allah.