Di saat umat Islam bergembira merayakan Syawal dengan kemeriahannya yang terkadang tersasar dari maksud tujuan disyariatkan umat Islam di bumi anbia mesir diuji dengan ujian yang sangat getir sehingga memakan korban ribuan manusia yang tidak berdosa.Kesalahan mereka dihukum sedemikian rupa bukan disebabkan jenayah besar yang membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.mereka hanya keluar berhimpun membantah rampasan kerajaan yang sah sekali gus merogol sistem demokrasi tulin.
Tragedi berdarah ini berlaku sebagai bukti bahawa selama-lamanya rejim sekular tidak akan berdiam diri dan memberi laluan mudah kepada pendokong islam mencapai cita-cita murni mereka yang ingin menegakkan kedaulatan Islam dengan menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi.
Kerajaan yang diangkat secara demokrasi yang dipinpin oleh Dr Mohamad Morsi cuba mewujudkan sebuah negara aman berteraskan Syariat Islam di lihat sangat merbahaya bagi rejim sekular ini dan pastinya negara yang paling gementar dengan kebangkitan Islam di Mesir ini tidak lain dan tidak bukan ialah negara haram Israil dan mereka yang berada di belakangNya sebagai tangan_tangan ghaib yang mencaturkan politik dalam dunia umat islam terutama di Timur Tengah.
Mesir dan Siria dianggap paling merbahaya sekiranya diperintah oleh kerajaan Pro Islam. Segala langkah telah dan akan diambil bagi memastikan kerajaan Islam ini jatuh.Yahudi dan Nasrani selamanya tidak akan redha terhadap kepada Umat Islam sehingga umat Islam sendiri mengikut agama mereka.
Negara barat tidak pernah ambil kisah tentang kemunduran negara Islam timur tengah apalagi ingin membantu akan tetapi mereka sangat ambil kisah jika yang memerentah negara itu dari kumpulan pendokong Islam.Maka mereka melebelkan umat islam yang bersungguh_sungguh membawa Islam kedalam masyarakat bernegara sebagai ganas,pelampai,ekstrim dan sebagainya.
Sedangkan yang ganas dan melempai ialah mereka (barat) bukan orang_orang Islam.Lihatlah apa yang telah mereka lakukan terhdap negara umat Islam Iraq,Pakistan,Siria,dan negara-negara lain.Sungguh hebat lakonan barat sehingga ramai dari kalangan umat Islam sendiri terpedaya dan tertipu dengan permainan mereka.
Dari sudut lain kita melihat bahawa janji Allah itu benar dimana setiap zaman akan ada mereka-mereka yang sanggup mempertahankan maruah agama dengan darah dan jiwa.Walaupun mereka diugut bahkan telah diambil tindakan diluar batasan kemanusian mereka tetap istiqamah demi mempertahankan agama mereka.
Hari ini kita melihat tiada tanda-tanda penyokong Dr.Morsi akan mengalah sekalipun telah disahkan sejumlah ribuan dari sahabat dan keluarga mereka telah menjadi mangsa peluru hidup kejaan kudeta Sisi.Peluru,bom dan gas pemedih mata sudah tidak lagi mampu memadamkan semangat jihad yang tersemat kukuh di dalam sanubari mereka.
Mereka yang berkumpul di medan Tahrir.Rabiah Adawiah,Ramsis,Iskandariah,Asyut dan seluruh negara begitu yakin dengan janji tuhan mereka.Mereka ingin membeli syurga Allah dengan jiwa raga dan harta benda mereka.
Ucapan-ucapan semangat bergema disetiap pelusuk tempat mereka berkumpul,laungan seperti "kami tidak akan kembali ke rumah sehingga Morsi dikembalikan ke kursi presiden atau kami syahid di sisi Allah"."Kami tidak akan mengucapkan takziah kepada para syuhada kami kerana mereka telah mendapatkan syurga di sisi tuhan mereka".
Ucapan dan semangat seperti inilah yang menjadikan musuh_musuh Islam gementar.Islam pasti akan menang akhirnya.Ujian dari Allah itu adalah perkara fitrah dan sunnahnya bagi menguji siapakan dikalangan mereka yang kuat imannya.
Marilah kita semua berdoa buat kemenangan Islam.Kelam malam tidak akan berpanjangan apabila fajar mula menyinsing bererti siang tidak lama lagi akan menjelma.